klik-klak-kluk

u folo, i folo too

a reminder for me...

Allahu ma'i, Allahu naadhiri, Allahu syaahidi
Allah bersamaku, Allah melihatku, Allah menyaksikan aku.


"Hasbunallah wa ni'mal wakil"
(Cukuplah Allah menjadi penolong kami dan Allah adalah sebaik-baik Pelindung).

Pages

Instagram

Monday, October 18, 2010

Pengurus Rumah Tangga ganti amah

KUALA TERENGGANU 17 Okt. - Kepada mereka yang memerlukan khidmat pembantu rumah namun enggan mengambil pembantu rumah warga asing, Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) mempunyai jalan penyelesaiannya.

Felda bersedia menyediakan golongan pembantu rumah berkemahiran yang diistilah sebagai Pengurus Rumah Tangga dari kalangan lelaki dan wanita pada sebarang peringkat umur.

"Felda mengambil inisiatif ini sebagai usaha mengurangkan kebergantungan kepada pembantu rumah asing di mana kumpulan pertama terdiri daripada seramai 100 orang pelajar yang tidak dapat melanjutkan pelajaran ke institusi pengajian tinggi akan diberi kursus.

"Mereka akan menjalani latihan kemahiran selama setahun mulai Januari depan yang akan dikendalikan oleh Yayasan Felda mengikut silibus berasaskan kemahiran," kata Pengerusi Felda Tan Sri Dr. Mohd. Yusof Noor semasa meraikan 106 bakal haji Felda dari wilayah Terengganu di sini hari ini.

Menurut beliau, kursus seperti penjagaan kesihatan, memasak, penjagaan kanak-kanak akan ditawarkan secara percuma kepada anak- anak peneroka Felda yang berminat tanpa had umur.

"Kita yakin sambutannya menggalakkan. Ia usaha Felda untuk beri peluang pekerjaan kepada masyarakat Felda. Jawatan ini juga dihormati, dengan gajinya yang stabil, ada uniform dan berkemahiran," katanya.

Mohd. Yusof berkata, anggaran minimum untuk perkhidmatan mereka ialah adalah antara RM700 hingga RM1,000 sebulan, bergantung kepada kemahiran Pengurus Rumah Tangga tersebut.

"Gaji mereka ini adalah murah berbanding caj untuk mengambil pembantu rumah asing selain berbagai syarat.

"Felda boleh janjikan yang mereka ini lebih boleh diharap, mampu dan lebih menenangkan majikan kerana majikan akan dimaklumkan tentang latar belakang mereka," katanya.

Beliau berkata, majikan juga boleh berbincang dengan Yayasan Felda yang bertindak sebagai ejen kepada kumpulan itu mengenai syarat-syarat kerja. - BERNAMA

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails