Assalamualaikum w.b.t
semalam, tadika afiff ada buat lawatan ke kilang roti high5 di Shah Alam. inilah lawatan kali pertama di luar Putrajaya. jadinya, kena naik bas sekolah. kalau dalam Putrajaya jer, memang naik bas nadi putra jer. hehe...merasa jugalah afiff naik bas sekolah warna kuning. suka dia. sempena lawatan ke kilang roti, ibu afiff bagilah sikit duit belanja, manalah tau kot dia nak beli ole2 tuk adik2 dia. hehehe.. xlupa ibu dan ayah juga.
hasil dari lawatan ke kilang roti tersebut, afiff telah membelikan ole2 untuk keluarganya. hoyeyyyy... bagus anak ibu. dia bawak balik 2 plastik. 1 plastik dapat free, 1 plastik lagi dia beli. yang dibeli adalah kek coklat silver bird, keropok mambo dan fudgeez. yang selebihnya, dapat free jer. hehe...
afiff : ibu...kat kilang tuh kan ada pintu magic.
ibu : wow... magic macamana?
afiff : sebelum nak masuk, kita kena cakap HIGH5 kuat2... barulah pintu tuh buka...
ibu : oooo... magicnya....
sekian.
3 comments:
hihi..comel nye!! pintu umah aunty pun cmtu jugak!! hehe
hoh...bior betul aunty nih.....kuikuikui
Salam, Nice blog u have! R u keen to earn Xtra Cash??? Join 90 Days Get Slim Challenge & Happy Life Project to Make Life Better. Get Health Freedom! Money Freedom! TIme Freedom! Visit me back. Tnks
Post a Comment