Tentang seorang wanita dari Malaysia yang bekerja di US. Dia memakai
tudung dan memiliki akhlak yang bagus. Suatu malam perempuan ini dalam
perjalanan balik ke rumah dari tempat kerjanya. Kebetulan dia mengambil
jalan singkat untuk pulang. Jalan yang diambil pula agak tersorok dan
tidak banyak orang yang lalu lalang pada masa itu.
Disebabkan
hari yang agak sudah lewat, berjalan di jalan yang agak gelap sebegitu
membuatkan dia agak gelisah dan rasa takut. Lebih-lebih lagi dia
berjalan berseorangan. Tiba-tiba dia nampak ada seorang lelaki (kulit
putih Amerika) bersandar di dinding di tepi lorong itu. Dia sudah mula
rasa takut dan tak sedap hati. Apa yang dia boleh buat waktu tu adalah
berdoa ke hadrat Allah memohon keselamatan atas dirinya. Dia baca ayat Kursi dengan penuh pengharapan agar Allah membantu dia disaat itu.
Masa dia melepasi tempat lelaki itu bersandar, dia sempat menoleh dan
dapat mengecam muka lelaki itu. Nasib baik lelaki itu buat tidak endah
dan perempuan ini selamat sampai ke rumahnya.
Keesokkan
paginya, wanita ini terbaca dalam akhbar yang seorang perempuan telah
dirogol oleh seorang lelaki yang tidak dikenali dekat lorong yang dia
jalan semalam hanya 10 minit selepas dia melintasi lorong tersebut.
Muslimah ini yakin benar lelaki kulit putih yang dia lihat semalam
adalah perogol itu. Atas rasa tanggungjawab dia terus ke balai polis
dan buat aduan. Wanita ni dapat mengenalpasti suspek melalui kawad cam
dan selepas siasatan dilakukan, polis dapat bukti bahawa lelaki
tersebut adalah perogol yang dicari.
Tapi
perempuan ini hairan juga kenapa lelaki tadi tak jadikan dia mangsa
ketika dia melalui lorong tersebut walhal dia keseorangan di masa tu,
tetapi lelaki tadi rogol perempuan yang lalu selepas dia. Wanita ini
nak tahu sangat sebabnya. Jadi dia minta kebenaran polis untuk bercakap
dengan perogol tadi sebelum hukuman dijatuhkan (sebelum lelaki tadi di
bawa ke tempat lain).
Dia pun tanya perogol itu..
“Why
don’t you do anything to me on thatnight even though you know that I’m
alone?” (Kenapa awak tak buat apa-apa kat saya malam tu walaupun awak
tau saya seorang je masa tu?)
Perogol tu jawab:
“No,
you are not alone. That night I saw two young man walking with you. One
on your right side and the other onewas by your left side. If you were
alone of course you will be my victim.” (Tak, awak bukan berseorangan.
Malam tu saya nampak ada 2 orang lelaki berjalan dengan awak. Seorang
sebelah kanan awak dan sorang lagi sebelah kiri awak. Kalaulah awak
sorang2 malam tu, sudah pasti awak jadi mangsa saya..)
Wanita
ni rasa amat terkejut bila dengar penjelasan perogol tu. Dia bersyukur
ke hadrat Allah kerana memelihara dia malam itu, mungkin juga berkat
ayat Kursi yang dia baca malam itu.
p/s : MORAL CERITA INI???
Jika
kita sebagai hambaNya menurut segala perintah dan meninggalkan segala
laranganNya, Dia pastinya akan sentiasa dekat dengan kita dan
memelihara kita. Wanita tadi pertama-tamanya menutup aurat di US dan
memang seorang yang menjaga batas-batas yang ditetapkan Islam. Mungkin
dua orang lelaki yang menemani wanita itu adalah malaikat yang
diutuskan Allah untuk menjaga hambaNya yang sentiasa ingat akan diriNya.
"…Barang
siapa membaca ayat Kursi apabila berbaring di tempat tidurnya, Allah
mewakilkan 2 orang Malaikat memeliharanya hingga subuh. Barang siapa
yang membaca ayat al-Kursi ketika dalam kesempitan nescaya Allah
berkenan memberi pertolongan kepadanya …" [Dari Abdullah bin ‘Amr r.a.]
Sebuah
kisah benar yang sangat sangat menarik pada pandangan ku… Semoga kite
semua mendapat pengajaran dan ilmu yang bermanfat… Sebagai hamba kita
seharusnya percaya dengan kemampuan senjata orang mukmin iaitu DOA….semoga kita sentiasa dipelihara Allah dari kejahatan syaitan yang di rejam…….
No comments:
Post a Comment