Isu ketiak basah memang menjadi konflik kebiasaan untuk golongan
muda baik perempuan mahupun lelaki. Bau? Sudah tentu tetapi MURSHID
EUNOS ingin berkongsi cara untuk mengelakkan masalah ketiak hitam yang
boleh membuatkan keyakinan diri jatuh menjunam.
Mengikut kajian rambang dan meneliti kebanyakan artikel dalam
material rujukan khusus buat remaja, masalah ketiak hitam acap kali
membelenggu golongan gadis dan jumlah sangat sikit kepada golongan
lelaki.
Muka cantik dengan gaya menggoda, badan ramping dengan potongan
menggiurkan tapi sayangnya, sesetengah daripada mereka yang tidak
selesa kerana dibelenggu masalah kesan hitam di ketiak.
Walaupun
kedudukannya sulit dan tersembunyi tetapi kesan gelap ini mencacatkan
penampilan dan membuatkan wanita berasa rendah diri terutama bagi
golongan yang gemar mengenakan pakaian tidak berlengan.
Wanita yang bertudung tidak terlepas, mereka tetap merasa
tempias masalah itu. Bagi yang berstatus isteri pula, pasti berasa malu
untuk mempersembahkan diri kepada suami.
Jangan terkejut jika selera suami tiba-tiba mati sebaik saja
terpandang ketiak anda yang ‘berkarat’. Sebelum suami, teman-teman atau
keluarga membuka mulut menegur kecacatan yang mengganggu pandangan
mereka, lebih baik anda bertindak segera.
Mengapa jadi begitu?
Gadis memang lekas mengambil berat soal kecantikan diri. Kebanyakan
bermula pada usia yang masih muda kerana ikutkan kata kawan. Kononnya
perlu mengenakan pewangi diri dan beberapa lagi alatan mekap untuk
tampil cantik.
Mulalah ada yang memberi cadangan, gunalah
pewangi untuk ketiak, deodoran yang mampu menghilangkan bau dan
mengurangkan kesan tidak menyenangkan terutama apabila ‘dating’.
Penggunaan
deodoran yang tidak sesuai serta penggunaan tidak tepat antara punca
berlakunya masalah ketiak hitam dan tona kulit tidak sekata. Bagi yang
mempunyai kulit sensitif, kandungan di dalam deodoran boleh menyebabkan
masalah kulit seperti merengsa dan sebagainya.
Sisa deodoran
yang tidak dibersihkan dan bercampur dengan peluh dikhuatiri mengundang
bakteria hingga menyebabkan ketiak menjadi hitam dan lebam. Tapi kepada
golongan wanita yang hamil, ia juga disebabkan oleh perubahan hormon
dan genetik.
Kaedah bercukur yang tidak betul akan menyebabkan
kulit terluka dan meninggalkan parut. Penggunaan alat pencukur yang
tidak bersih dikatakan juga faktor yang menggalakkan pembiakan bakteria
dan ketiak menjadi gelap.
Malah perlu diingatkan, ketiak boleh
menjadi hitam kerana pakaian yang ketat terutama di bahagian lengan.
Pergeseran antara ketiak dan baju membuatkan bahagian ini tidak selesa.
Tapi itulah fesyen yang digemari kebanyakan golongan gadis, barulah
‘trend’ pakai baju yang ketat.
Bukan sekadar mencari kaedah
rawatan atau penyelesaian tetapi anda juga mesti mengetahui punca
berlakunya masalah ini. Ia akan membantu anda memahami, mencegah dan
mengatasi masalah dengan cara yang tepat.
Mengapa perlu
menunggu untuk menyelesaikan masalah ini? Atau terpaksa mengubah
penampilan semata-mata ingin menyembunyikan kekurangan diri ini.
Cara
mengatasi masalah ketiak hitam adalah mudah sebenarnya. Mandi dengan
sempurna dan gunakan sabun khas bagi membantu menghilangkan kesan
gelap.
Dapatkan nasihat doktor sebelum membeli sebarang produk
termasuk sabun. Banyak produk berbentuk sabun dan krim yang khas untuk
menyelesaikan masalah ini.
Kemudian kenakan pakaian yang
longgar dan menyerap peluh. Ia memberi ruang pengudaraan kepada tubuh.
Gunakan bedak anti bakteria di bahagian bawah lengan selepas mandi.
Bedak ini dikatakan dapat mengurangkan peluh. Dapatkan produk ini di
farmasi selepas mendengar penerangan dan nasihat doktor.
Disarankan melakukan rawatan ‘wax’ berbanding mencukur kerana ia lebih selamat dan tidak membuatkan kulit di bahagian ketiak gelap. Ada kalanya mencukur boleh menyebabkan luka kecil pada bahagian itu dan ia adalah punca ketiak berubah menjadi lebam.
Jika masih memilih kaedah bercukur, pastikan alat cukur bersih dan pisau cukur tidak berkarat. Perlahan dan cukup berhati-hati ketika mencukur agar ia tidak menyebabkan luka pada bahagian ketiak.
Sental tubuh dengan
‘scrub’ khas bagi menanggalkan sel mati dan menghilangkan daki serta
parut selain elakkan menyembur minyak wangi di bawah ketiak, perbuatan
ini menggalakkan pembiakan bakteria apabila peluh bercampur dengan
pewangi.
Kebanyakan gadis gemar menyembur pewangi pada ketiak
kononnya untuk memastikan ia kekal wangi tapi itu adalah kaedah yang
salah kerana tidak sesuai dan penggunaannya akan menyebabkan
pengumpulan bakteria yang menggelapkan bahagian ketiak.
Terakhir
yang perlu diberi perhatian adalah pemilihan deodoran. Ambil deodoran
yang mengandungi unsur mineral seperti kristal kerana ia sesuai untuk
golongan berkulit sensitif.
Cubalah langkah-langkah ini bagi
menyelesaikan konflik diri ini. Mengapa harus pasrah dan melihatnya
sebagai satu kekurangan kerana masih ada formula lain yang mampu
menghilangkan masalah ini.
Petua tradisional
Ada
cara lain untuk mengelakkan ketiak hitam dan berkarat. Ikutlah langkah
membuang peristiwa ngeri ini daripada hidup anda dengan mengikut
langkah secara tradisional.
1. Limau + kapur sirih
Perah sebiji limau nipis dan campurkan dengan sedikit kapur sirih.
Sapukan di bawah ketiak dan biarkan selama 15 minit sebelum dicuci
dengan air bersih. Lakukan tiga kali seminggu.
2. Buah betik
Parut buah betik yang hampir masak sehingga halus. Letakkan ramuan ini
di ketiak selepas anda mandi dan biarkan selama beberapa minit. Bilas
dengan air, lakukan secara kerap, anda pasti berpuas hati dengan
hasilnya.
3. Sirih + beras
Kisar segenggam
beras sehingga halus. Kemudian tumbuk beberapa helai daun sirih
sehingga lumat. Campurkan kedua-dua bahan tadi dan kacau sehingga
sebati. Sebelum mandi, lumurkan dulu campuran sirih dan beras tadi ke
seluruh tubuh badan terutama di bahagian ketiak dan celah paha.
Kemudian gosok-gosokkan ia dengan perlahan sehingga semua bahan yang
dilumur tanggal daripada badan. Petua ini bukan saja menjadikan kulit
badan anda halus, malah ia juga akan membantu menanggalkan daki dan
kesan hitam.
Artikel ini disiarkan pada : 2013/05/14
No comments:
Post a Comment