Kayu Tanaka ini
sememangnya sudah terkenal sejak dahulu lagi di kalangan masyarakat luar. Ianya
dipercayai boleh digunakan untuk tujuan melembutkan dan mencerahkan kulit muka.
Pada suatu masa dahulu, kayu Tanaka
ini digunakan oleh golongan kerabat diraja disana untuk mencantikkan kulit.
Dipercayai kayu Tanaka ini berfungsi
untuk melindungi kulit daripada pancaran matahari yang terik. Ia juga dapat
menyejukkan, menyerap lebihan minyak dan menyerap peluh.
Menariknya, kayu Tanaka ini
mempunyai pelbagai fungsi. Setakat ini belum ada kajian saintifik lagi mengenai
kayu ini. Tetapi di Malaysia sudah ada syarikat kosmetik yang menggunakan kayu
Tanaka ini sebagai asas dalam kosmetik mereka.Tidak ketinggalan, negara seperti
Singapura, Filipina dan Thailand sudah tidak asing lagi dengan bedak Tanaka.
Di Malaysia, Kosmetik
berasaskan kayu Tanaka telahpun diiklankan di dalam kaca televisyen. Jika tidak
salah nama kosmetik itu ialah Bio Essense Tanaka White.Yang tidak ada dalam
iklan pun banyak juga.
Menurut masyarakat Myanmar, kulit
kayu inilah yang mujarab digunakan sebagai petua untuk merawat dan mencantikkan
kulit muka mereka. Tidak kira jenis kulit sensetif, normal, kombinasi, semuanya
boleh menggunakannya tanpa was-was.Boleh juga digunakan kepada bayi baru
lahir.Ianya tidak memudaratkan kulit.Kita lihat senario sekarang, ramai orang
ingin kelihatan cantik dengan cepat tetapi produk yang digunakan semuanya
mengandungi bahan kimia yang berbahaya.
Memang nampak cantik pada mulanya
tetapi lama kelamaan kulit menjadi rosak. Jadi lebih baiklah kita sebagai
pengguna bijak cuba beralih kepada bahan semula jadi seperti Kayu Tanaka .
Kayu Tanaka ini, diasah di atas batu
untuk menghasilkan esen yang berwarna coklat seperti foundation yang boleh kita
perolehi di pasaran. Esen itulah yang disapukan ke kulit muka. Setelah kering
di muka, warna coklat itu terus berubah menjadi kekuningan.
Tetapi ianya nampak seperti kita
memakai bedak sejuk. Boleh diratakan ke muka dengan menggosoknya sehingga rata
seperti kita memakai bedak. Adalah lebih baik bagi orang yang berjerawat
memakainya dengan tebal di muka pada waktu malam. Seperti memakai MASKER.
No comments:
Post a Comment