Iklan..iklan..iklan...
apa itu PIIACUF 2013? nama panjangnya adalah PUTRAJAYA INTERNATIONAL ISLAMIC ARTS AND CULTURE FESTIVAL (PIIACUF) 2013. pertama kali diadakan. temanya adalah 'FROM ANDALUCIA TO PUTRAJAYA'.
ninironna direct copypaste dari emel jer ni. meh baca detailsnya yea... (baca pelanpelandansampaiabis).
Dimaklumkan bahawa Perbadanan Putrajaya
(PPj) akan menganjurkan Festival Kesenian & Kebudayaan
Antarabangsa 2013 (PIIACuF2013) di Dataran Putrajaya, Presint 3,
Putrajaya mulai 1-10 November 2013, bermula pada jam 10.00 pagi
sehingga jam 10.00 malam.
Perbadanan Putrajaya (PPj) telah merangka pelbagai acara dan program yang cukup
menarik bagi penganjuran acara PIIACUF 2013 ini dan diantaranya termasuklah
Pameran bertemakan dari Andalusia ke Putrajaya, Pameran Kesenian Islam, Islamic
World Film Festival Screenings, Putrajaya International Islamic Forum(YABhg
Tun Mahathir akan menyampaikan ucaptama ), Ruang Pameran Souq dan
Pavilion Antarabangsa, Islamic Architecture & Built Environment
Conference serta kemuncaknya Konsert “The Journey of Nur”
pada 9 Nov jam 8.00 malam bakal menyaksikan
persembahan dari nama-nama besar di dalam industri termasuklah Dato’ Ramli
Sarip, Dato’ M’Nasir, Raihan, In Team, Opick (Indonesia), Zain Bikha (Afrika
Selatan) dan Maher Zain (Sweden).
Zikir serta berselawat bersama Pak Habib Sheikh Assegaf pada
7 Nov jam 8.00 malam dan persembahan dari Debu (Indonesia) pada 8 Nov jam 8.00
malam.
Manakala TV Al-Hijrah (penyiar rasmi) bakal mengambil tempat
di Putrajaya termasuklah rancangan Asallamualaikum, Dikir Zikir, reflection
dan banyak lagi.
Satu Lawatan
khas diuruskan oleh Bahagian Komunikasi Korporat
PPj untuk semua yang ingin melawat ke program ini. Lawatan ini adalah percuma
bermula pada 5 Nov hingga 10 Nov 2013. Sekiranya berminat untuk
lawatan bersama keluarga atau rakan pejabat dari Kementerian/Agensi/Organisasi
Tuan/Puan boleh berhubung pegawai kami untuk perbincangan lanjut di
03-88877033/ 7076/7584 dan seterusnya membuat tempahan lawatan. Pegawai kami
yang boleh dihubungi ialah Encik Azmi Alang email: azmi@ppj.gov.my ; En. Khairy email: khairy@ppj.gov.my ; atau Pn. Kamariah
email: kamariah.rahman@ppj.gov.my
.
Dan apa yang lebih penting juga, orang ramai boleh menyertai semua
acara dan program ini secara PERCUMA.
Untuk makluman lanjut, bolehlah melayari laman web kami di www.piiacuf.com / www.ppj.gov.my atau akaun www.facebook.com/piiacuf atau
www.facebook.com/putrajaya
Kita juga menyediakan ruangan piiacuf di twitter,
instagram dan hashtag #piiacuf2013.
disertakan juga jadual pameran dan acara yang akan diadakan:
disertakan juga jadual pameran dan acara yang akan diadakan:
so.... apa tunggu lagi... cepat tepon nombor2 yang tertera tu untuk menyertai lawatan khas secara percuma... percuma tau...free of charge.
No comments:
Post a Comment