Tempat makan baru bertempat di Ayer@8, Presint 8. oklah tempat dia. kalo jenis yang masuk restoren terus nak duduk, bolehlah datang sini. tempat pun selesa. cuma mungkin tempat baru buka, service agak slow. pekerja pun masih lagi tengok menu untuk key in harga makanan. menu yang ninironna cadangkan korang try adalah nasi lemak bungkus dan roti canai. memang sedap. antara menu lain yang ada nasi kerabu ayam percik (RM9.50), murtabak ayam, murtabak mutton, mee goreng mamak, meehoon goreng mamak, meehoon goreng singapore, roti bakar dan macam-macam lagilah. bab air pulak, rasa restoran nih memang mengamalkan konsep kurangkan manisan dalam minuman. dah 3 kali makan kat sini, setiap kali oder minuman memang tawar. sirap tawar, milo tawar, sirap bandung tawar. air suam RM0.70 yea. hikhikhik... apapapun.. pergila cubatrytest makan kat sini.
|
kecik jer kerusi nih. macam xbagi lepak lama jer... hahahaha |
|
cara odernya : tengok menu pilih menu dan tulis dalam borang yang disediakan pastu sila hantar sendiri ke kaunter pembayaran bagui tujuan pembayaran. konsepnya bayaran dulu makan kendian. |
|
view cantek cos mengadap tasik dan masji besi... |
|
antara menu yang ada iaitu roti bakar. sedap jugak |
|
ok...ini menu yang paling sedap iaitu roti canai. giler garing rotinya. memang sedap. arissa dan ameena makan habis sekeping sorang. sila jangan berkongsi sebab memang xcukup. hahahaha.... |
|
yang nih pulak no meja. bila dah bayar baru dapat no ni. pastu sila sangkut di tempat yang disediakan. |
No comments:
Post a Comment