bento untuk hari rabu :
afiff - sosej + crab stick (rehat) dan nasi putih + ayam goreng madu (teriyaki) + sayur kobis fish ball. afiff xbalik pas sekolah tengahari kang sebab dia ada latiahn merentas desa.
arissa - sosej + crab stick untuk waktu rehat. lunch dia makan kat rumah.
ameenayra - sosej jer. cukupla... nanti ada makanan lagi kat rumah pengasuh.
menu lunch tengahari nih adalah ayam madu (teriyaki) dan sayur kobis + fish ball masak kicap. gulp...tengok gambar ayam tu... sungguhla menggugat nafsu makan. first time guna resepi ni. xdan nak rasa lagi ayam tu.
ayam masak madu (teriyaki). resepinya asalnya yang diperolehi melalui en gugel jer...
- setengah ekor ayam dipotong kecil
- 2 ulas bawang putih (cincang halus)
- 3 inci halia (cincang halus)
- 3 sudu madu
- 4 sudu kicap manis
- 1 sudu teh garam
- 1 sudu besar gula
caranya : perap semua bahan sekurang-kurangnya setengah jam (ku perap semalaman). pastu masakkan tanpa minyak dengan menggunakan non stick pan. semasa dimasak, tutup dengan penutup dan dikacau sesekali hinggalah kuah berkurangan, pekat dan menyaluti ayam. kuah akan berbuah ketika masak.
posted from Bloggeroid
No comments:
Post a Comment