klik-klak-kluk

u folo, i folo too

a reminder for me...

Allahu ma'i, Allahu naadhiri, Allahu syaahidi
Allah bersamaku, Allah melihatku, Allah menyaksikan aku.


"Hasbunallah wa ni'mal wakil"
(Cukuplah Allah menjadi penolong kami dan Allah adalah sebaik-baik Pelindung).

Pages

Instagram

Showing posts with label Jom Heboh Putrajaya 2010. Show all posts
Showing posts with label Jom Heboh Putrajaya 2010. Show all posts

Monday, May 23, 2011

Fun Fair yang xberapa nak fun n fair

Assalamualaikum w.b.t

malam minggu punye cite. lebih specific lagi, pas solat isyak sebelum buletin utama abih memang kami dah sampai sini. sebelum sampai sini, imaginasi ninironna terhadap fun fair di Putrajaya adalah sangat meriah dan happening giler. maklumlah..fun fair di Putrajaya.



sekali bila sampai kat destinasi, cehhh.. buat penat jer berimaginasi tadi. jauh imaginasi dari realiti. memang xsetanding dengan nama Putrajaya kay. sangat xbest tahap yang xtertahap lagi. xmampu nak pk sampai tahap mane kebestian fun fair ini. sedey.... cam pegi fun fair kat hujung kampung. maaf kalo ada yang terasa. tapi inilah yang ninironna rasakan.


apa yang fun nye? huh... xde langsung yang menarik tertarik kedebaboommm bagi ninironna dan pocik jaing.tapi tidak bagi 3 aiman tu. memanglah teruja tahap semua nak main. aduh...duh..duh.. 


apa yang fairnya pulak? hoh..xde yang fairnye lah haih. satu token regenya RM2.50 tau. mahal..mahal.. walopun datang time dapat gaji pung, still ninironna rasa mahal. xsetimpal dengan fun yang kita boleh dapat. cuba ko bayangkan.. nak naik roda pusing tuh pun kena 2 token seorang. diulangi 2 token seorang. kalo budak beso ameena tuh pun kena bayar gak tau. abeh kalo ko dah bawak satu family, dah haruslah satu family kena naik bendalah tuh..hoh bape RM ko nak laburkan hanya semata nak naik bendalah tu? baeklah naik Eye On Malaysia tau. tapikan sempatlah ninironna leburkan RM10 tuk 4 token demi anak2. kang ada yang xpuah pulak... mujurlah masa budak2 duk main, hujan renyai membasahi bumi, jadinya adalah alasan tuk anak2 supaya boleh blah dari situ cepat. ahaks..

whoopss.. fun fair nih di Persint 4, sebelah bangunan MOA.

sekian...

Monday, May 17, 2010

naik tram..

lalalala...akhirnya merasa gak naik tram nih. dapat naik pun kes g terjah Karnival Hari Belia + Jom Heboh ari Sabtu arituh. itu pun dek kerana kenderaan persendirian xleh masuk Presint 1 - Presint 4. kami park kete kat Presint 5, dari sana naik bas IKBN (Institut Kemahiran Belia Negara), pastu, halfway turun naik tram pulak.. pergh...open air...best gak... mujur pegi pagi, cuaca xbape nak panas lagi n orang pun xramai lagi....


abang + kakak + ibu yang suke dapat naik tram.



aimy dengan muka blur kerana terasa angin mencium pipinya...




cayaannnggg...bunchut ibu...

p/s: xamek pun gambo kat lokasi kejadian cos cuaca dah setat panas, tambah dengan orang semakin ramai ditambah lagi dengan anak-anak yang semakin mengganas...huhuhu

Friday, May 14, 2010

ahkak dah sampai...vangga..vangga...

oo...dik non sekalian..dengan vangganya ahkak nak bagitau yang ahkak dah sampai ke tapak Jom Heboh Putrajaya. hahahaha... korang dah sampai ke? walopun booth2 yang ada belum dibuka, tapi ahkak tetap bersemangat waja nak gak g terjah tapak Jom Heboh nih time lunch tadi. mujurlah cuaca xbape nak panas. lalalalala.... pegi jalan kaki jer dari opis. perghh..berpeluh gaklah...


see...muka ceria + vangga... ahaks..

wei..cik jah..hang posing ala2 model di tengah panas.. hahaha


sekitar gerai jualan di Presint 4


erkk...kak kemal yang berani2 takut...ahaks...eksen jer lebih...


xdapat jumpa erra, bunting gambo dia pun jadilah...



kejadian nih berlaku pada waktu rehat tadi, kami berempat buat keje gile iaitu menapak dari Presint 4 ke Presint 3 dan seterusnya ke Presint 2 dan last sekali terjah Pasar Tani kat monumen di tepi tasik tuh. mujurlah cuaca xbape panas. huhuhu...amik masa lebih kurang sejam perjalanan kami. snap sana snap sini, pastu cari makanan/minuman kat pasar tani, terus balik ke opis. sampai opis...ahkak terus ketiduran dek non... tepat 2.45 pm, baru bangun...hehehehe....

Karnival Hari Belia 2010 dan Jom Heboh di Putrajaya

wah..wah..wah... minggu nih Putrajaya akan dibanjiri oleh ramai orang xkiralah kecik, beso, tua, muda, remaja dan xremaja pun pasti ada dek kerana Karnival Hari Belia 2010 dan jua Jom Heboh. wah... vangga ahkak bila dapat tahu Jom Heboh akan sampai ke Putrajaya. dahlah Jom Heboh kat Bukit Jalil awal tahun ni ahkak xdpt pegi, jadinya Jom Heboh di Putrajaya nih haruslah ahkak terjah yea. dah jadi cam agenda wajib pulak. siap rikki jalan lagi.

musti ada yang kata, dah duk Putrajaya buat apa nak rikki jalan lagi ahkak oi... hello..dik.. kalo dah ada event beso di Putrajaya nih, kebanyakkan jalan akan ditutup. kete kena park di tempat yang disediakan. bukan boleh main park jer dik non. so, dek kerana ahkak bersemangat waja nak terjah Jom Heboh nih, ahkak dah pun rikki jalan semua bagai. nih ahkak nak kongsi dengan dik non-dik non sekalian...

PENUTUPAN JALAN SEMPENA KARNIVAL HARI BELIA 2010
(14 - 16 MEI 2010
)

SEMPENA KARNIVAL HARI BELIA 2010 DI PUTRAJAYA, TUJUH (7) LALUAN UTAMA AKAN DITUTUP BAGI MENGELAKKAN KESESAKAN BERMULA JAM 6 PAGI HINGGA 12 TENGAH MALAM. LALUAN TERSEBUT ADALAH LEBUH WAWASAN, JAMBATAN SAUJANA, PICC/PULLMAN HOTEL, LEBUH SETIA, LEBUH BESTARI, PICC/EQUESTARIAN DAN PERSIARAN PERDANA. PENGUNJUNG DINASIHATKAN MENGGUNAKAN KENDERAAN AWAM KERANA BAS KHAS TELAH DISEDIAKAN OLEH PIHAK PENGANJUR. (tambang adalah percuma...). SUMBER DARI POLIS DAERAH PUTRAJAYA.

nak tahu maklumat lebih lanjut, sila terjah website Perbadanan Putrajaya, pastu klik kat News & Events, pastu klik pulak kat Announcement, klik pulak kat Penutupan Jalan Sempena Karnival Hari Belia 2010. kalo nak tengok peta laluan bas khas, klik tang Laluan Pengangkutan Bas/Tempat Letak Kereta. kasi paham betul2 itu peta laluan. kalo xpaham, buat2 paham jerlah...huhuhu...

so, kalo sesapa yang terjah Jom Heboh besok, kalo ternampak ahkak yang comel ini, jangan segan2 tegur yea. kot nak tegur pun, jangan main terjah jer, bagilah salam dulu yea dik non. hehehe...

sekian. info terkini.

maklumat di atas diperolehi dari website Perbadanan Putrajaya.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails