klik-klak-kluk

u folo, i folo too

a reminder for me...

Allahu ma'i, Allahu naadhiri, Allahu syaahidi
Allah bersamaku, Allah melihatku, Allah menyaksikan aku.


"Hasbunallah wa ni'mal wakil"
(Cukuplah Allah menjadi penolong kami dan Allah adalah sebaik-baik Pelindung).

Pages

Instagram

Monday, July 19, 2010

Hari Sukan Tadika Little Caliph Alif Ceria

hari sukan sekolah afiff nih dah lama berlalu iaitu pada 3 Julai yang lepas. tapi baru la nih berkesempatan nak bercerita. xkesahlah walopun dah lama berlalu, janji ada dicoretkan di sini.



kejadian berlaku di padang Pr. 9. semangat memasing2 bangun pagi terutama sekali afiff lah. teruja betul dia. tambah lagi dapat kasut baru. lagi semangat. rumah sukan afiff rumah merah. patutla hehari duk sebut red house...red house.. sampaikan nak beli kasut/baju semuanya nak kaler red.



sebelum sampai padang, mood afiff adalah superb. tapi bila jejak jer kaki di padang dan nampak kawan2 serta teacher2 dia.. wah.. terus dia menangis. tahapapatah.. xpaham betul perangai budak nih. orang patutnya sukalah kan cos jumpa kengkawan.. ini dia terbalik. bantainya melalak dulu. uish...buat malu ibu ngan ayah jer. suh beratur pun xmo. suh makan pun xmo. dah semuanya xmo.. biorkan ajerla.. pandai2 la kamu bawak diri yea.



amik gambo aimy dululah. punya semangatnya aimy nak bagi sokongan padu kat abangnya dengan memakai suar kaler red. lalalala...



khemah tempat budak2 berkumpul. uish..afiff..afiff.. ada ke patut ajak ayahnya join sekali. beratur ngan dia. huhuhu... haru..haru..



ibu posing ngan aimylah...



nih masa buat exercise.. lagu apa tah.. put ur hand in, put ur hand out..n shake ur hand. pastu ada lagu chicken dance. tang lagu chicken dance nih, ibunya pulak yang gedik2 nak join joget sekali.lalalala... sebelum tuh, ada persembahan dari setiap umah sukan. ala..kena nyanyikan lagu theme umah sukan memasing. seronok tengok gelagat budak2 nih.

afiff main apa? huh..budak bertuah tuh.. dia masuk satu game jer.. lari guna tempurung kelapa tuh. itupun kalah. matanya melilau duk tengok kiri kanan. bila dah kalah, terus xmo main game lain dah. baik dia main ngan arissa jer. tapi bila tang adiah, xsabo2 nak. boleh melalak nak adiah pulak. bukan time terima adiah pulak tuh.

sekian.

p/s: ada lagi gambar2 nih. tapi lupa nak save dlm thumbdrive. xbest kalo bercerita tanpa gambo. nanti2lah yea.

1 comment:

Anonymous said...

Slm, saya silent reader blog ni, Nak tanya OK tak afif belajar kt situ (Alif Ceria)Sistem pembelajaran dia mudah tak untuk bebudak catch-up.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails