klik-klak-kluk

u folo, i folo too

a reminder for me...

Allahu ma'i, Allahu naadhiri, Allahu syaahidi
Allah bersamaku, Allah melihatku, Allah menyaksikan aku.


"Hasbunallah wa ni'mal wakil"
(Cukuplah Allah menjadi penolong kami dan Allah adalah sebaik-baik Pelindung).

Pages

Instagram

Showing posts with label artis. Show all posts
Showing posts with label artis. Show all posts

Wednesday, May 28, 2014

ABPBH 2013 part 3

Part ni, penuh gambar bersama artis jer. Walaupun xramai artis yang nak bergambar/selfie dengan ninironna (hahahahaha..ayat..xmo kalah), xpe.. ninironna xkesah. Apa yang ninironna kesahkan adalah selfie bersama amy mastura. Puas hatiku. Hajat tercapai.. Lalalala...
Amy Mastura tetap maintain comelkecikmolek dan happygolucky... luv u .. hahahaha
Zara Zya... pemenang anugerah Artis Baru Popular... nape awak senyum cenggitu yek? kecik hati ninironna bila tengok senyuman awak ni... huhuhuu...
wutwut... si cantik manis Felixia Yeap.. kurus jer.. sopan betul dia... ayu betul dia...  senyuman xlekang di bibir... 
hai Neelofa... awak memang cantik. lalalalalalala.... 
halloooo FBI... memang berkilat... lalalalalala
ohoooo..... agak hot jugak mamat nih sekarang yek... Iqram Dinzly..
wah... pakwe sape nih? hai Keith Foo... nape awak xpandang kamera saya? sian saya senyum sensorang. 
sweet couple.. Azad n Eira... 
selfie dalam lif pun boleh kan kak bambam... Shahir.... 

Saturday, October 19, 2013

5 selebriti, 1 cabaran

Saje gatai tangan isi borang peraduan Petronas. Takat harini baru 4 keping borang. Fuhhh..
Mungkin akan bertambah lagi..

Saje gatai nak REBUT PELUANG MENGEMBARA BERSAMA SELEBRITI PILIHAN saya. Ada 5 orang selebriti iaitu DJ YOON, HIM LAW, BII, SHAHEIZY SAM dan MAYA KARIN. cube teka ninironna pilih sape? mihmihmih...

Guane nak join ? Mudah ngat. Just belanja RM30 ataz beli pek kombodi stesen PETRONAS sekarang (14 Oktober-24 November 2013), pilih selebriti pilihan dan lengkapkan borang penyertaan berserta resit pembelian, masukkan ke dalam kotak peraduan di stesen.dan menangi hadiahadiah menarik serta peluang memasuki sesi uji bakat untuk cabaran ini. Peserta yang dipilih akan memandu bersama selebriti pilihan selama 5 hari berturut-turut ke seluruh negara serta muncul di kaca TV! *bestnye kalo ninironna terpilih..mihmihmih.. Angangan..

Apa dia hadiahadiahnye?
Kalo nak tahu, pegilah join contest ni. Senarai hadiahadiah yang best ada ditulis di belakang borang. Wallllaaa...
Gud luck !

Friday, December 23, 2011

Yusry & Lisa Umum Tarikh Nikah Sabtu Ini


Jumaat Disember 23, 2011

PETALING JAYA: Selepas sekian lama berteka-teki mengenai tarikh perkahwinan mereka, pasangan artis Lisa Surihani dan Yusry Abdul Halim akan membuat pengumuman istimewa mengenai perkara itu pada Sabtu ini.

Jemputan mengenai pengumuman berkenaan telah dihantar oleh pihak KRU Studios kepada pihak media pada petang Khamis.

Majlis berkenaan akan diadakan pada pukul 10.30 pagi di Hotel Marriott, Putrajaya.

Ketua Pegawai Eksekutif, Kumpulan KRU Studios, Norman Abdul Halim yang juga abang kepada Yusry ketika dihubungi bagi mengesahkan perkara itu hanya ketawa dan memberitahu akan menjelaskan perkara sebenar kepada pihak media pada hari berkenaan.

"Ia merupakan satu pengumuman istimewa dan pastinya ia akan diberitahu pada majlis nanti. Kalau saya beritahu sekarang tak ada kejutanlah," katanya berseloroh.

Pada pengumuman itu nanti, ibu bapa Yusry iaitu Abdul Halim dan Zarina Fenner serta ibu Lisa, Siti Amira Ahmad juga akan turut serta.

Difahamkan Yusry dan Lisa akan bernikah pada awal tahun depan yang mana majlis berkenaan akan mendapat liputan secara langsung menerusi saluran Astro.

Pasangan tersebut sudah mula rapat sejak Mac lalu dan sering berhubungan menerusi telefon bimbit masing-masing sejak setahun yang lepas.

Kemudian kedua-dua mereka membuat pengakuan pertama pada bulan Jun bahawa mereka sedang menjalinkan hubungan lebih daripada seorang kawan dan menganggap ia sebuah perhubungan yang matang.


sumber : mstar

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails