klik-klak-kluk

u folo, i folo too

a reminder for me...

Allahu ma'i, Allahu naadhiri, Allahu syaahidi
Allah bersamaku, Allah melihatku, Allah menyaksikan aku.


"Hasbunallah wa ni'mal wakil"
(Cukuplah Allah menjadi penolong kami dan Allah adalah sebaik-baik Pelindung).

Pages

Instagram

Showing posts with label breakfast. Show all posts
Showing posts with label breakfast. Show all posts

Friday, May 15, 2015

MILO Breakfast Day

10 Mei

Mari kita pergi meramaikan lagi program nih. hihi... kami sampai pun peserta dah abeh lari. memula sampai nak g amik milo di van milo.. tapi malas nak beratur... mohla kita menapak ke ali maju tuk breakfast. jalanjalan sekali nampak  khemah pendaftaran untuk non runners. so apalagi.. lets daftar untuk dapatkan goodies bagnya. daftar nama untuk 6 orang tapi goodies bag hanya untuk 7 tahun ke atas sahaja. sudah... mau berebut nih kang.. tapi xpe.. ibu dan ayah kena mengalah. hahahaha.... maka dapatlah 4 aiman sorang satu goodies bag itu. 


daftar cepat.. tulis nama.. seperti biasa kerja tulis menulis nih memang kerja ibulah. sikit tahun lagi, boleh pas kat abang afiff dan kakak arissa lah kerja menulis nih. 
isi dalam goodies bag. ada juga voucher rm3... so kami tukarkan dengan breakfast.. dapatlah 4 ketul pau. tetiba ada orang  sedekahkan 1 voucher kat afiff.. jadinya dapatlah 5 ketul pau. dah.. kita breakfast pau dan minum milo jer pagi nih...  
beg milo tuh boleh pakai ke sekolah... time exam... time ada sekolah petang.. 
ish... nak interprem jugak.... xde mood nak pakai tudung pulak budak nih... hahaha... xpe... baru 5 tahun..
dah penat jalan, meh lepak kat depan opis ibu nih... main roller blade. budak nih first time main rollet blade. jadinya main angkatangkat jerla kaki tuh... hahahaha... kejap kang jatuh... kejap kang jatuh.. gasakla kamu nak oi.. janji jatuh secara lemahlembut sopan santun. hahahah..
budak kecik nih lagilah.. malas betul nak belajar mengayuh... tolak jerla pakai kaki tuh.. xpun minta tolong kakak arissa dia tolakkan... geram haih....
kekadang ibu atau ayah tolonglah kakak ena... pegang tangan dia... ok..  tolak kaki tu... hihihihihi

Thursday, April 24, 2014

Malaysia Breakfast Day 2014 n Langkah Ceria April 2014

kejadian berlaku pada hari Ahad (20/4/14) di Dataran Putrajaya, Presint 3. meriahnya.... ramainya manusia... banyaknya kaler hijau... ku lihat hijauuuuu.....

ada 2 event dalam satu masa. hebatnya... dan telah menyebabkan sesetengah peserta langkah ceria blur di tengah jalan (akaklah tu...).. celah mana nak register. penat dah kulukilir mencari urusetia langkah ceria, akhirnya kita xyah register ke apa ke... kita teruslah melangkah dengan penuh keceriaan yea anak-anak. lupakan saya kupon RM3.. lupakan.. huhuhuhu...

xpe.. kupon xbape nak kisah sangat. yang ibu kisahkan adalah lori milo. harus dan wajib ibu minum milo dari lori tu. ish... zaman sekolah dulu tau dapat minum milo ni. haruslah ibu teruja lebih. hikhikhikhik...

pasal langkah ceria pulak.. cayalah anak-anak ibu abang afiff, kakak arissa dan ameena serta eryna kerana berjaya melangkah sejauh 3 kilometer. fuhhhh..... berkat breakfast MILO la tu.

ku lihat hijauuuuu...

kita breakfast dulu... sedapnya...
bismillah.. memulakan program langkah ceria. ayah tinggal dengan ayra. biar ibu yang escort kanak-kanak ribena tuh.
memula elok jer berjalan berpimpinan tangan. 
xlama pastu... berlarilah pulak. adoi.. semput ibu nak mengejar korang.
rupa-rupanya berlari sebab nak duduk. ibu xpayah lari, jalan jer.. at least sebelum ibu sampai kat tempat diaorang duduk, diaorang dah hilang penat.. hahahaha
separuh jalan dah.. 
ohoooo... bateri dah weak. muncung dah panjang. akhirnya tahan motor petugas, minta tolong hantarkan ke garisan penamat. xpe.. ayah diaorang ada tunggu kat situ. afiff masa ni dah selamat sampai.
para peserta Malaysia Breadfast Day dah sampai ke garisan penamat.
yeyeyeyeye... kami pun berjaya sampai jugak.
oh... lori milo, i miss u lah... 
panjang giler q nye. demi kerana nak minum milo dari lori milo.. ku sanggup beratur. hahahaha
hai abam lori milo... terima kasih yea.
sukanya saya.... lalalalala...
tapikan..tapikan.. rasa milo nih dah xsama macam zaman sekolah dulu. dah xsedap sebab xpekat. 
tapi xpelah.. at least dapat jugak merasa minum milo dari lori milo.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails