cam sedey jer tajuk kali nih.huhu..iyeala..dah bulan 8 dah pun, barulah merasa kursus di luar bangunan opis nih. huhuhu..itupun jenuh baca jampi serapah pada borang permohonan kursus sebelum hanto ke bahagian HR. fuhh.. alhamdulillah...lepas pong. tempatnya kursusnya xjauh pun, kat Hotel Grand Season KL jer. fuhh..nak ke sana tuh pun punyalah seksanya. pegi berdua ngan lyn (member opis).

kursus nih dua hari. jadinya tumpang po'cik jaing sampat LRT STAR Sg. Besi. hari pertama, naik Star sampai kat stesen Hang Tuah (kot..yg dekat ngan penjara pudu tuh..), pastu naik pulak Monorel sampaila ke Chow Kit. pastu sambil kontrol ayu, kami pun menapaklah ke hotel tuh. huhu...cabaran..cabaran.. mana taknya.. berasak2 ko yang naik lrt tuh. sampai main tolak2 pun ada terutamanya kat monorel tuh. coach diakan pendek. jadinya, memang kena maik tolak2lah kalo nak cepat. ish..kalo masa bujang dulu, memang aku join venture tolak2 gak. tapi la nih, beralah jerlah.hahaha.... hari kedua, naik STAR kat Sg. Besi sampai ke stesen Titiwangsa. pastu, naik cab.hahahaha...nih memang lawak. hotelnya hanya sekangkang kera jer dari stesen lrt tuh, tapi disebabkan tahap kemalasan untuk berjalan, kami naik teksi jugaklah.

untuk dua-dua hari tuh, kami sampai awal. kul 8.30 dah sampai.kursusu setat kul 9 am. jadinya, sempatlah melepaskan lelah dulu. masa first day tuh, kena isi borang kuning (seperti gambo di atas). ermm.. borang apatah namanya. main isi jerlah. ramai gak pesertanya. majoriti wanita lah. kami amik tempat kat tepi pintu supaya senang aku nak kuar time kursus. kul 9 am, 12 pm n 3.30 pm adalah waktu untuk aku kuar mengepam. hahahaha... masa first day tuh, nak pam kul 9 kat surau, sekali surau bukak kul 12 pm da... jadinya terpaksa bagitau masalah tuh pada urusetia. mujurlah kat sebelah tempat kursus tu ada satu bilik yang tak digunakan. jadinya pam kat situ jerlah. hehehe... mujur guna pam manual jer.

penceramah bagi kursus nih adalah Puan Yasmin Sidik dari Positive Grooming Sdn. Bhd. aku penah attend kursus dia. okeyla. adalah diselangselikan ngan lawak supaya peserta tidak kebosanan. kami xbosan pun cuma mengantuk jer. sempatlah tersenguk2 kejap. hahaha...

first day kursus lunch kat cafe dialah. apatah namanya. sedap wei.... tengok pinggan aku tuh. nampak cam banyak jer, tapi sikit jer tuh..(ayat cover)

tuh dia. sedap nyumnyumnyum....masa nih belum belajar etiket di meja makan. jadinya satu pinggan penuh dengan makanan. eh..nasi tuh sikit jer tau..yang banyaknya lauk jer. lauk kambing dia..memang meletops...sedap banget.terung tuh xsedap cos keras.

dessert. walla...i love de fruit tarts. memang marvellous. 5 ketul aku bantai. itupun nak tambah lagi, tapi dah abeh. huhuhu...
***********************************************************
hari kedua

kalo nak g jenjalan, pakailah topi cenggini barulah nampak feminin gitu. hahahaha... nih koleksi topi penceramah. dia bagi try test pakai. jadinya kami pakailah. pastu dia suh amek gambar. apa lagi, tanpa perlu disuruh pun, kami laju jer posing.hahahaha.. ada rasa cam model topi pulak. sebelum lunch, kami belajar etika di meja makan contohnya camne nak pegang fork/spoon/knife, nak suap camne, bape banyak makanan yang boleh diambil dan lain-lain lagi.masa lunch pulak, ada rakaman bagaimana cara-cara peserta makan. hahaha...habis semua kontrol. pergh..hilang selera makan kay.

memula kena makan appetizer dulu iaitu sama ada buah-buahan ato salad

pastu makan sup pulak. amek sikit jer. jangan penuh satu mangkuk pulak.

pastu baru makan main course. nasi lah... nasi tuh sikit jer. tapi dalam gambo nampak cam banyak pulak. lauk kena amik empat jenis jer yea dalam satu pinggan. control...control.. eh..taklah..itu memang protokolnya. hanya 4 jenis lauk sajer. pas main course barulah makan desert pulak. eh..xde gambo desert pulak cos xingat nak snap. lalalalala.. pas lunch.. apalagi..solat lah..

belah petangnya sesi grooming pulak. tuk orang lelaki, guna produk yang ada di pasaran jerlah. bagi wanita pulak boleh gunakan oat ato sayuran ato buahan. hmm... best jugak. kalo time terdesak ato tetiba pencuci muka dah abeh, boleh guna oat + susu segar/air mawar/air = gosok kat muka (melembapkan). xpun..buah tomato tuh.. tenyehlah kat muka...melicinkan. ehh..takat ari nih aku xterai lagi. hahahaha... nanti bila dah terai, aku tepek kat sini yea.
kursus tamat kul 5 pm. ada sesi bergambo. pastu bergambo ngan penceramah. pastu nak minum petang dulu. pastu terus laju balik, naik cab menuju ke stesen lrt titiwangsa sampai ke sg. besi. fuhh...mujurlah kami sampai sebelum po'cik jaing sampai. hehehe.. bukan apa, kita nih menumpang, jadinya seharusnya kitalah yang menunggu dan bukannya orang yang menumpangkan kita yang kena tunggu pulak.
sudah kursus dua hari kami. rasanya nih jerlah kursus luaran tuk tahun nih. kena tunggu tahun depan pulak kalo nak attend kursus luaran lagi.
kursus tamat kul 5 pm. ada sesi bergambo. pastu bergambo ngan penceramah. pastu nak minum petang dulu. pastu terus laju balik, naik cab menuju ke stesen lrt titiwangsa sampai ke sg. besi. fuhh...mujurlah kami sampai sebelum po'cik jaing sampai. hehehe.. bukan apa, kita nih menumpang, jadinya seharusnya kitalah yang menunggu dan bukannya orang yang menumpangkan kita yang kena tunggu pulak.
sudah kursus dua hari kami. rasanya nih jerlah kursus luaran tuk tahun nih. kena tunggu tahun depan pulak kalo nak attend kursus luaran lagi.
sekian.


