klik-klak-kluk

u folo, i folo too

a reminder for me...

Allahu ma'i, Allahu naadhiri, Allahu syaahidi
Allah bersamaku, Allah melihatku, Allah menyaksikan aku.


"Hasbunallah wa ni'mal wakil"
(Cukuplah Allah menjadi penolong kami dan Allah adalah sebaik-baik Pelindung).

Pages

Instagram

Showing posts with label mamibaby. Show all posts
Showing posts with label mamibaby. Show all posts

Tuesday, August 17, 2010

Saiz Sajian Yang Sihat Untuk Kanak-kanak Yang Sihat

duk belek-belek majalah Mami & Baby Ogos 2010 buat sekelian kalinya, barulah terperasan akan info ini.hehehe...meh kita share bersama.

Panduan Kasar Yang mudah

Walaupun keperluan setiap kanak-kanak itu berbeza, secara umumnya sajian makanan sepatutnya dibahagikan kepada tiga saiz yang sama banyaknya, iaitu sepertiga protein tanpa lemak, sepertiga karbohidrat dan sepertiga sayur-sayuran.

Cara yang mudah untuk menganggar jumlah makanan yang betul adalah dengan menggunakan tangan anak anda sebagai ukuran. Saiz bahagian proteinnya (daging, ayam, ikan, telur, tauhu dan sebagainya) haruslah sama dengan saiz dan ketebalan tapak tangannya. Saiz bahagian karbohidratnya pula harus sama dengan saiz genggamannya. Akhir sekali, semua sajian utama haruslah mengandungi dua cekup sayur-sayuran dan buah-buahan.

Thursday, July 2, 2009

sedikit info tuk dikongsi bersama..

APAKAH DI DALAM BERAT BADAN ANDA SEMASA KEHAMILAN?

Secara purata, berat badan yang ditambah semasa kehamilan termasuk berat yang berikut:

~ Bayi anda :
- enam hingga lapan paun (di akhir kehamilan)

~ Plasenta :
- 1.5 paun

~ Bendalir yang ditambah :
- dua hingga tiga paun

~ Uterus :
- dua paun

~ Simpanan lemak maternal, protein dan nutrien lain :
- empat hingga enam paun

~ Pembesaran payudara :
- satu hingga dua paun

~ Jumlah darah :
- tiga hingga empat paun

~ Bendalir amniotik :
- dua paun

sumber : Majalah Mami & Baby keluaran Julai 2009

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails