klik-klak-kluk

u folo, i folo too

a reminder for me...

Allahu ma'i, Allahu naadhiri, Allahu syaahidi
Allah bersamaku, Allah melihatku, Allah menyaksikan aku.


"Hasbunallah wa ni'mal wakil"
(Cukuplah Allah menjadi penolong kami dan Allah adalah sebaik-baik Pelindung).

Pages

Instagram

Showing posts with label setiausaha. Show all posts
Showing posts with label setiausaha. Show all posts

Wednesday, May 14, 2014

Seminar Aspirasi Setiausaha 2014 - Day 2

Hari kedua. Alhamdulillah.. Lena tido malam tadi. Hikhikhik.... bangun jam 6 pagi, mandisolatbersiap. dekat kul 7, kami dah keluar bilik nak g bekpes. hikhikhik... giler awal. xpe... biar awal jangan lambat. lalalala.... 
selfie dulu yea. hikhikhik... tu roomate ninironna. satu ofis lain department jer. hikhikhik...hai Lyn!
kalau dah bekpes di hotel, nasilemakmeegorengnasigoreng memang xpandangla. hahahaha... harus bekpes western gitu. dalam pinggan nampak banyak tapi hakikatnya sikit jer tu. hikhikhik.... bekpes xyah makan bebanyak cos kul 10.30 kang ada minum pagi lagi, 
sesi pertama bermula jam 8.30 pagi oleh Dr. Tengku Naufal Tengku Mansor, Perunding Motivasi merangkap Peguam jugak. beliau membawa tajuk Pembinaan "ASK" Sebagai Setiausaha Hebat!. mulut dia boleh tahan jugak. banyakkan bersabar. tapi dia lawak jugak. kalo ada cakap sesuatu yang menyentuh sensitiviti wanita, musti dia minta maaf. hikhikhik... selesai sesi pagi, ada minum pagi. pastu sambung sesi kedua yang bertajuk Setiausaha & Gangguan Seksual oleh Dr. Tengku Naufal jugak. ish.. tajuk hangat nih. bagi pendapat ninironna.. berpakaian sopanlah bila ke pejabat baru tiada gangguan seksual. kalo dah pakai pakaian yang menjolok mata terbelah sana terbelah sini sendat sana sendat sini, manalah xmenjemput gangguan seksual tu. benda-benda macam nih, sendiri boleh fikir. apa yang penting, tutuplah auratmu. in shaa Allah.. Allah akan pelihara kita dari perkaraperkara yang negatif. sesi kedua habis kul 1.00 petang. pastu terus lunch and solat. next sesi bermula jam 2.30 petang pulak.
wah.. inilah sesi yang ninironna nantinantikan. berpeluang bertentang mata dengan Pak Nil. hikhikhik... kurus betul Pak Nil. umur dah 50 an tapi badan tetap sekeping. Pak Nil membincang topik berkenaan Komunikasi-Refleksi Diri. Lantang betul suara dia. memang xsempat nak tersenguk. hahahahaha...
inilah untungnya duk depat. boleh snap gambar dari dekat. kasut Pak Nil blingbling tu. 
ala...napelah kameraman pihak penganjur nih blurkan gambar ninironna ni. sajelah tu nak sabotaj. hahahahahaha...  ninironna n lyn tengah memberi tumpuan tu. 

Monday, May 12, 2014

Seminar Aspirasi Setiausaha 2014 -Day 1

Alhamdulillah.. diberi kesempatan untuk menghadiri seminar ini buat kali kedua. hihihi... rezeki..rezeki.. borang permohonan dihantar seawal mungkin menunjukkan betapa bersemangatnya ninironna nak hadir seminar ni. Seminar Aspirasi Setiausaha 2014 bertemakan Mencetus Inspirasi, Merintis Transformasi anjuran Positive Event Solutions yang telah diadakan dari 27-29 April 2014 bertempat di Swiss Garden Hotel & Residences. Alhamdulillah.... suka sangat...sangat suka... lalalalala

check in bermula jam 3 petang, tapi ninironna sampai hotel lebihkurang jam 4 petang. kebetulan petang tu hujan lebat turun membasahi bumi Kuala Lumpur. abam  jaing just drop isterinya ini kat lobi hotel jer. dah salamsalambabaibabai 4 aiman (ayra jer yang menangis), barulah pegi mendaftar. goodies tahun adalah bag seperti gambar di atas. ada 4 kaler iaitu merah, biru, hitam dan koko. kaler merah dah abeh..sedey. jadinya ninironna pilih kaler birulah. ada dua beg...beg dalam beg. hahahahaha... oklah dapat beg free. nak harapkan ninironna membeli beg cenggini, idaklah... sebab xminat. lalalalalala. sementara tunggu roomate sampai, iron baju untuk dua hari terus. senang keje di kemudian hari.
dinner bermula jam 6.30 petang. sebelum 6.30, kami dah standby kat cafe. hahahahaha.... menu pertama yang dituju adalah lamb chop. alhamdulillah...sedap betul lamb chopnya. next... spagetthi pulak.. next.. sookhoon pulak. ingatkan meehoon goreng rupanye sookhoon. sedap jugak. yang kaler merah tu adalah baby octopus. erm..erm... geli jugak nak makannya sebab memang rupa octopus betul. hahahaha.... next makan dessert pulak dan diakhiri dengan aiskrim. alhamdulillah... kenyang.
pas dinner terus naik bilik balik untuk solat maghrib. setel solat, berdesup turun ke dewan pulak untuk first slot malam tu. datang awal ke dewan sebab nak duduk depan sekali. nak bertentang mata dengan semua penceramah. hahahahaha.... slot pertama dibuka oleh Prof. Madya Dr. Sharifah Hayaati Binti Syed Ismail. Beliau membawa topik Cintai Kerjaya, Sayangi Keluarga. lembut betul prof nih. I is suka..suka.. sekejap jer dah dua jam berlalu.
orang pertama dapat bergambar berdua dengan prof. sebab lenkali duduk depan.hahahaha... terima kasih prof di atas ilmu yang prof telah kongsikan. habes slot pertama untuk hari pertama. balik bilik... solat isyak.. dan zzzzz.... wah...suka..suka..sebab dapat tidor nyenyak tanpa gangguan selama dua malam. hahahahaha....

Monday, April 21, 2014

Terselit di situ

Ahaks... Terkejut sekejap bila cik abe bagitau wajah I dengan senyuman paling manis ada terpampang dalam surat khabar sinar harian hari ni. Wah... Terus wassup member2 tanya sape ada beli sinar harian.
Member ada wassup gambar tu tapi xpuas hati selagi xdapat tengok paper tu. Apa lagi cik abe tolonglah belikan.
Kembangkempis hidung bila tengok gambar sendiri. hahahahahahaha... Apa nak kata lagi.. Meh tengok gambar itu.. Lalalalala
sila abaikan tajuk itu. ish..bikin malu jer tau. kut yea fanatik sangat pun, coverlah banyak. 
Hai... si shawl oren! kihkihkiih

Friday, April 18, 2014

Kris Dayanti dan Awi Rafael

Semalam, 1604 dah attend dinner kat PICC kan. malam tadi (1704) sambung lagi.hahahaha... Rezeki..rezeki.. Jangan ditolak..

kali nih, artis adalah Kris Dayanti dan Awi Rafael. tapikan..tapikan.. gambar awi rafael xdak tau. huhuhuu... lagipun malam tadi punya dinner agak formal cos ada ramai tetamu VIP termasuklah Dato' Siti Nurhaliza dan Dato' K. yippieee.... jadinya macam segan banyaklah nak snapsnap depan meja VIP.


kurus betul KD nih. jeles I. menu dinner adalah sama seperti malam semalam. yang bertukar hanyalah warna dan rasa air sahaja. hahahaha... apa yang pasti, semua makanan telah berjaya dihabiskan. syabas...syabas... 
antara geng PA yang hadir. lalalalala...

hai KD... gambar2 nih, kameraman xbertauliah yang ambik. tq...
kulit dia dahla putih. pastu pakai pulak foundation ke hapa ntah.. dah jadi putih pucat. 
ish...gambar dah tungganglanggang... nih patutnya kat atas tapi tulah... main petik jer
ehh... tetiba dato' siti pun nyanyi sama gak. best..best.. KD yang ajak dia berduet. best oooo....
eh.... I lah nih... ahaks...
I jugak nih. tuan belog. oren lagi.. malam semalam pun oren gak. pakai jerlah apa yang ada. ahaks.... 

Afgan dan Noryn Aziz

Hoyeyyyy... April... April... Suka April.. Minggu Setiausaha is back. Alhamdulillah... Tahun ni rezeki geng2 PA kat opis dapat celebrate. Yeaaaaaa....

first dinner pada 16042014 @ PICC. Live performance by Afgan dan Noryn Aziz. MC Kuah Jenhan.
Layan gambar jerlah.
yang nih memang xrancang pun nak pergi. bila member kata ada tiket lebih, jadinya pergi jerlah. ahaks...
tuan empunya blog... bolatnyeeeee...
menunya.. Alhamdulillah...sangatsangat sedap.
pencuci mulut.. sedap. ingat yang panjang tu kulit kayu manis. hahaha.. rupenya coklat. 
menunya memang superduper sedap. ratah lauk jer. nasi xpandang pun. lasagnanya..pergh... xleh nak kata apa dah.
hehehe... dapat bergambar bersama mommy to be ... Noryn Aziz...
bergambar dengan poster jerlah.... 
hoyeyyyy... si comel Kaka in the house. very humble... tq cos sudi layan kami. 
Hai #kakaadzraff
pelakon berkulit mulustulusgebus... Umie Aida... thanks cos sudi layan kami.
kurusnya Ummi Aida nih.... jeles i
xlupa juga bergambar bersama MC of the night Kuah JenHan.
posing..posing... 
Alhamdulillah... rezeki malam tu.. dapat 2nd Lucky Draw... merasa jugaklah naik atas pentas. lalalalalala....
free massag kat Putrajaya Shangri-La Hotel... wah..wah... tapi bila ntah nak perginya... 

Sunday, April 28, 2013

G seminar


Tatkala ini ninironna sedang terpukau dengan kehenseman dan kemachoan Dato' Fadzley Yaakob

posted from Bloggeroid

Friday, February 15, 2013

isi, hanto dan tunggu

borang ni dah pun dihantar kepada pihak yang berkenaan. bos pun dah tandatangan. sekarang tunggu jerlah samada lulus ato kandas permohonan itu. sobsobsob...


posted from Bloggeroid

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails