klik-klak-kluk

u folo, i folo too

a reminder for me...

Allahu ma'i, Allahu naadhiri, Allahu syaahidi
Allah bersamaku, Allah melihatku, Allah menyaksikan aku.


"Hasbunallah wa ni'mal wakil"
(Cukuplah Allah menjadi penolong kami dan Allah adalah sebaik-baik Pelindung).

Pages

Instagram

Friday, August 28, 2009

sticky time...

it's sticky time... yeahaaaa....tapi xtaulah bape lama ianya akan melekat kat sini. jadinya, sila scroll down tuk cerita terkini yea...

sape xtau/xkenal gambo di atas nih, sila sekeh kepala sendiri.huhu..

akhirnya, aku join juga bendanih.

saje gatai tangan nak join sekali. lagipun mana aci az n arni je nak kumpul duit raya, aku pun nak gak.hehehee..apatahlagi kabar gumbira tuk penjawat awam sempan nak raya nih xkunjung tiba, lagilah kena rajin cari RM tambahan.huhuhuhu...

jadinya, dikesempatan ini, apakata korang pun reramai join jugak.manelah tahu ada rezeki di sini. kuikuikui..

oleh itu dan dengan itu, bolehlah klik RM5 nih tuk tahu apa ke bendanya yang aku duk join nih.

p/s: thanks arni for de pic..

p/s: wei..az..kalo dah kaya, bagi aku cikit la....

Thursday, August 27, 2009

@ Wong Solo

apa ke bendanya Wong Solo ini? nama orangkah?..ehh..bukan..bukan.. ni nama restorenlah. restoren masakan jakarta, medan dan apatah satu lagi. nih first time kami p sini. nih pun gara2 mau ketemu sama my fren effa n his son iqram. menu telah siap dioder terlebih dahulu oleh effa. oleh itu, xyah cite panjang, meh tengok menu kami masa berbuka semalam...

ayam goreng (ehh..betulkan effa?) .. apa yang pasti.. SEDAP BANGET.. i loikee.. teringat masa kat bandung dulu... huhuhu... gurame jer yang xde..kalo ada, tentu tepek gambo kat sini...

yang nih sup ekor. no bad. saje ode nih cos xkan makan nasi xde kuah pulak.lagipun baru pas ujan....

yang nih pulak gado-gado. i jamah sikit jer..

sape xkenal ni ape, sila ketuk kepala sendiri...

nih brokoli ye tuan puan... hehehe... abes.. i ratah...

nih pulak mek kecit.. makan sayur jer.. feberet dia karot n kentang. cukuplah...hehehe

hohoho...nih pulak boyfriend baru mek kecit. iqram namanya. tengok pipi dia.. chubby kan.. mahal ooo.. pipi tuh... geram..geram..

oowwhh...inilah effa... kecik je orangnya.. tah bilalah nak besar.. hehehehe... dia skang nih ikut hubby dia ke UK. tapi sempena puasa n raya nih, dia baliklah ke tanah tumpah darahnya. hehehehe... at last, dapat gak kita jumpa kan.. last jumpa masa keje kat SSM lebih kurang tiga tahun lepas... huhuhu... apapapun, terima kasih bebanyak cos belanja kami berbuka.. next time my turn pulak yea...

Wednesday, August 26, 2009

ntahapapantah... :p

dikala keboringan, ini kejenye yea. xtau nak update pasal apa.jadinya tepek gambo mak yong yang makin kembang nih jerla.... kuikuikui

kalu tengok gambo nih, sila sengetkan kepala anda yea...

sila senyum cam tuan dalam gambo nih yea...

uihhh.. buroknyaaa... idong tuh makin kembang, tapi mujurlah mancung..kalo idak..huhuhu..wakakaka

ehh..gambo perut pun ada.. shhhhh...baby Aiman tengah zzzzz...

peace ya...

muahahahahahaha...nampak nau tengah boring... NTAHAPAPANTAH..

Tuesday, August 25, 2009

Pregnancy Info - Drinks a lot of water

The extra blood for your baby that your body is having to produce at the moment needs lots of water so you might find yourself feeling a bit dehydrated – even if you’re having to go to the loo all the time. Even if you feel as though you’re constantly urinating, remember to drink lots of water and take a bottle with you when you’re out and about.

Monday, August 24, 2009

bestnyeeeee....

apa yang bestnya?hehehehe...cuba teka apa mek kecik nih tengah buat?

taaaraaaaaaaaa... sejak dua menjak nih, mek kecik nih suka benor dengan sikat rambut. bila dah dapat sikat, cuba teka rambut sape yang jadi mangsa?huhuhu...tentulah rambut ibunya.. hehehe. tapi best apa..ada orang sikatkan rambut kita.. yang tahannya, kekadang dia leh ketuk2 sikat tuh kat kepala, mak aih...sakit oooo... mek kecik nih bukan kira.. time geramnye... ketuk2 jerlah...huhuhuhu... makin dilarang, makin dibuat. mek...mek... ...




Pregnancy Info - Week 22

During pregnancy, skin retains more water making it look more youthful, plumper and fresher and because your blood circulation has increased, skin looks rosier too. That’s why many mums are described as having a healthy pregnancy glow.


But pregnancy can also bring on acne due to the higher levels of hormones encouraging your skin to produce more sebum. Just enough keeps skin supple but too much causes pores to become blocked, resulting in greasy skin and spots. If you’re suffering from pimples, clean your skin regularly with a gentle cleanser and use an oil-free moisturiser. Avoid rubbing or squeezing the skin and it’s also advisable not to use acne creams unless your doctor prescribes them for you. A few weeks after delivery, your skin should return to its pre-pregnancy condition.


Skin also tends to become more sensitive during pregnancy, not only due to higher hormone levels, but because it has become more stretched and delicate. If you’re suffering from irritated or dry skin, stay out of the sun or wear a high-factor sunscreen and keep your skin well moisturised – perhaps use a bath emollient oil too. Stick to wearing natural fabrics next to your skin such as cotton or linen and if you suspect that something is causing your irritation, try to identify and then avoid it – could it be the washing powder or perfume you are using? - www.dumex.com.my

Friday, August 21, 2009

SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN 1430H

Assalamualaikum w.b.t


besok dah nak puasa kan. jadinya dikesempatan ini, saya Nini Ronna Binti Rashiff ingin memohon maaf sekiranya ada tersilap/tersalah kata atau ada yang terasa masam/masin/pahit ketika membaca catatan harian/mingguan/bulanan saya kat sini. semoga semua rakan dikurniakan kesihatan yang baik di sepanjang bulan Ramadhan yang mulia ini bagi menjalani ibadah puasa.
~ sama-samalah kita berjimat cermat di sepanjang bulan yang mulia ini
~ sama-samalah kita mengawal nafsu makan bila g terjah ke PARAM
~ sama-samalah kita tidak makan melebihi had ketika berbuka
~ yang penting, jangan lupa baca Bismillah... :)


aku rasa ari nih musti ramai yang sambut puasa dengan menyediakan pelbagai juadah yang sedap. tapi aku... hahahaha...aku sambut puasa dengan makan kuih raya dulu... kuikuikui..dah teringin sangat dah...xnyempat2 nunggu raya... hehehehe... jemput makan semua... yumyumyum

leg cramps

Leg cramps are common during the second and third trimesters of pregnancy. It may be due to the extra weight you’re carrying around putting extra pressure on your leg muscles. It could also be linked to not having enough calcium or salt in your blood, dehydration, remaining inactive for long periods of time, or your growing bump putting pressure on your nerves. If you’re worried, your doctor should be able to help. - www.dumex.com.my

Thursday, August 20, 2009

POLISI PENYUSUAN SUSU IBU MALAYSIA

SEMUA IBU DIGALAKKAN MENYUSUI ANAKNYA DENGAN SUSU IBU SAHAJA DARI LAHIR SEHINGGA BERUMUR ENAM BULAN DAN MENERUSKANNYA SEHINGGA MENCAPAI UMUR DUA TAHUN.

MAKANAN PELENGKAP PERLU DIBERIKAN MULAI UMUR ENAM BULAN.

INI BERMAKNA DARI LAHIR HINGGA 6 BULAN BAYI :

~ DIBERI SUSU IBU SAHAJA
~ TIDAK PERLU AIR ATAU SUSU TAMBAHAN
~ TIDAK PERLU MAKANAN PELENGKAP

nota hati : huhuhuhu... ada antara info ini yang aku baru tahu...sedeynye... tapi xpe.. better late than never....

Wednesday, August 19, 2009

monthly check up....

langkah berjaga-jaga harus diambil yea..

dating ngan doc pada ari sabtu lepas..hehehe...lambat pulop cite nih nak kuar yek.. time dating adalah kul 9 pagi. seawal kul 8 dah kuar rumah.kul 8.15 dah sampai . kali nih, aku g sorang jer. selalunya ada gak bodyguard 3 orang yang duk folo, tapi disebabkan tempat dating ni adalah salah satu tempat yang tidak digalakkan bagi bebudak untuk datang, maka terpaksalah bodyguards balik yea. huhuhu...

berbalik pasal dating nih, oleh kerana aku adalah orang pertama yang sampai, makanya seharusnya aku adalah orang pertama yang akan masuk mengadap doc. wah...sangat berbangga ok..cos xperlu tunggu lama.. tapi..bila sampai masanya, nurse duk panggil nama.. ehh...bukan nama aku pulop.. aiseh..apa ni main potong q nih.. tapi xpe..sabar jerlah..maybe tuan punye nama tuh ada masalah kritikal kot..huhuhu... dalam 15 min gitu duk dlm bilik doc. pastu lagi sekali bila nurse panggil nama..ehh..bukan aku lagi..aiseh..nih bebetul menguji kesabaran... aku tengok kali nih, tuan punye nama tuh memang betul2 lembik. agaknya dia dalam keadaan mabuk kepayang kot. sikit pun xsengih/layan anak2nya. xpela... pegilah..kang kalo pengsan kang, lagi susah kan.. adalah dalam 10 min dia ngadap doc. next.... nama aku lah tuh... alhamdulillah.. masuk ngadap doc.. pungpangpungpang borak ngan doc.. tanya itu tanya ini.. scan semua.. alhamdulillah..perkembangan baby adalah baik. berat ibunya pun bertambah dengan baik sekali...huwaaaaaaa.....(nangislah..cos makin berat oooo...)..vontot ai dah makin kembang...huwaaaa...lagi...dan lagi...

so, pada usia kandungan 5 bulan, berat aku dah menjangkau 69 kg yea. masa scan, dah nampak jantinanya..tapi 50-50 lagi. ngehngehngeh.. biarlah rahsia dulu yea... ;p

p/s : 020909 ada appointment lagi. kali nih tuk DETAILEDH SCAN pulop.

Tuesday, August 18, 2009

pregnancy info - week 21

Now that you’re getting bigger, people are probably starting to notice that you’re pregnant and you may be congratulated more frequently.



You might also be feeling some aches and pain in your legs too which is understandable, given that your body has to do some extra work and being put under pressure a bit.


Make sure that you take things easy and use our tips to help avoid any swelling or puffiness in your legs:


• Rest with your feet up whenever you can
• 'Circle' your feet at the ankles to get your circulation going
• Try support stockings if your legs do get puffy
• Try doing regular stretching and walking
– perhaps for 15 minutes in the morning and afternoon

( www.dumex.com.my)

arissa...ooo...arissa...

alhamdulillah..arissa semakin sihat. demam dalam dua hari. chicken pox kuar pun xbanyak yang beso2, banyaknya yg kecik2 jer. tapi penuhlah satu badan bawak ke muka dia. yang pasti kat kepala satu pun xde chicken poxnya timbol. meh tengok gambo2 terkini mek kecik nih.. (oopps..sori kualiti gambo adalah kureng memuaskan...)

tadaaa...auw...seksinyeee...

belah belakang pulop. mek nih xmo disapu ubat putih tuh.sakit katanya...

yo..yo.. wajah terkini i. huhuhu... cam jerawat jer.sian dia. moga cepat ilang..

peace to all.... muahhhsss..

Friday, August 14, 2009

Jintan Hitam Cegah H1N1

sekadar untuk dikongsi bersama. rencana ini dipetik dari Utusan Malaysia, 14 Ogos 2009.

SHARJAH, Emiriyah Arab Bersatu (UAE) 13 Ogos - Jintan Hitam atau lebih dikenali sebagai habbatus sauda dalam bahasa Arab dipercayai dapat mencegah jangkitan selesema babi atau influenza A (H1N1).

Menurut kajian yang disiarkan dalam sebuah majalah penyelidikan perubatan China, ia boleh digunakan dengan merendam herba tersebut dalam air suam dan airnya diminum pada waktu pagi.

Akhbar Al- Khaleej melaporkan, kajian tersebut telah menyebabkan penjualan jintam hitam meningkat sebanyak 50 peratus di beberapa negara Asia dan Arab Saudi serta Mesir.

Minuman tersebut turut diedarkan kepada mereka yang sedang menunaikan umarah di Mekah dan Madinah. - AGENSI

H1N1 ancaman kepada ibu hamil

KALI terakhir dunia diserang wabak pandemik influenza A ialah dalam tahun 1918. Wabak yang melanda selama lebih kurang dua tahun itu dikenali sebagai Spanish Flu telah menyebabkan kematian lebih 50 juta manusia di seluruh dunia.

Kini wabak daripada virus yang sama iaitu H1N1 daripada jenis influenza A kembali menjadi pandemik yang membimbangkan penduduk dunia.
Salah satu golongan berisiko tinggi untuk dijangkiti penyakit ini ialah ibu mengandung.

Terdapat beberapa faktor mengapa ibu mengandung dikategorikan sebagai berisiko untuk terkena jangkitan virus H1N1.

Pakar perbidanan dan sakit puan Pusat Perubatan Kelana Jaya, Dr. S. Silvam berkata, ketika mengandung lazimnya pernafasan wanita terbabit akan berubah berbanding wanita normal.

"Ketika mengandung, rahim akan mengembang dan meningkatkan tekanan pada bahagian usus sekali gus menyebabkan pengembangan diafram (bahagian antara paru-paru dan perut) terhad dan membuatkan nafas tersekat-sekat (pendek).

"Keadaan akan menjadi bertambah buruk jika wanita hamil tersebut dijangkiti H1N1 yang lazimnya akan menyerang sistem pernafasan dengan memasuki bahagian kerongkong pesakit," jelasnya ketika ditemui di kliniknya yang terletak di Kelana Jaya, Selangor, baru-baru ini.
Selain itu, menurut Dr. Silvam sistem imuniti (kekebalan tubuh) bagi ibu mengandung juga rendah menyebabkan mereka mudah terdedah dan mendapat jangkitan penyakit termasuk H1N1.

Jadi walaupun seorang ibu mengandung itu berada dalam tahap kesihatan yang memuaskan mereka tetap berisiko untuk dijangkiti kuman kerana kuasa daya lawan penyakit kurang ketika mengandung.

Dr. Silvam berkata, apabila ibu mengandung berhadapan dengan masalah kesihatan, doktor yang merawat akan lebih berwaspada untuk memberi ubat-ubatan kerana takut mendatangkan kesan negatif kepada bayi dalam kandungan.

"Dalam tiga peringkat mengandung, pertama, kedua dan ketiga trimester, peringkat pertama dan ketiga perlu diberi perhatian. Peringkat ketiga mengandung lebih berisiko untuk mendapat jangkitan dan kesannya sehingga boleh menyebabkan kematian.

"Di Amerika Syarikat, setakat ini sudah lebih 300 kematian akibat H1N1 dan antara lima dan enam peratus mangsa adalah daripada kalangan ibu mengandung.

"Perlu diingatkan juga bahawa wabak ini masih belum menemui penawarnya justeru langkah pencegahan sebelum terkena amatlah penting," katanya.

Sehubungan itu kata beliau, ibu mengandung dinasihatkan jangan pergi ke tempat yang menjadi tumpuan ramai orang kerana dikhuatiri akan mengalami jangkitan daripada orang yang tidak dikenali.

Sekiranya terdapat sedikit simptom seperti demam, selesema, sengal-sengal sendi dan sebagainya, sebaiknya mereka mengasingkan diri (kuarantin) di rumah dan pakai penutup hidung dan mulut untuk mengelakkan daripada menjangkiti ahli keluarga lain.

"Kurangkan mencium anak-anak lain dan mesti buang topeng, tisu bekas hingus dan batuk ke tempat yang tertutup," jelasnya.

Rawatan

Dr. Silvam menerangkan apa yang penting ialah setiap ibu mengandung tidak perlu panik apabila muncul simptom sebaliknya segera berjumpa doktor bagi mendapatkan pengesahan tentang sama ada mereka telah terkena jangkitan.

"Pengesahan boleh dilakukan melalui ujian dengan mengambil sampel air liur untuk dihantar ke makmal.

"Rawatan profilaksis atau cara untuk mengelak daripada terkena jangkitan dengan menggunakan antiviral juga boleh diberi kepada ibu mengandung.

"Virus ini masih tiada ubatnya dan apa yang perlu dibuat ialah menjaga kebersihan diri sebaik mungkin," katanya.

Selain itu, Dr. Silvam menambah, apa yang perlu ditekankan ialah pentingnya pemahaman tentang penyakit ini.

Apabila simptom Influenza A H1N1 ini terjadi kepada wanita hamil, doktor akan memberikan rawatan secara simptomatik iaitu rawat satu persatu masalah mereka.

"Jika demam, maka doktor akan merawat demam hingga baik. Jika demam terlalu tinggi memang akan membahayakan ibu dan bayi tetapi ibu akan dirawat dengan memberikan beberapa dos paracetamol.

"Begitu juga jika selesema dan batuk. Jika simptom terjadi pada trimester pertama kandungan, doktor akan lebih berhati-hati dalam memberi ubat kerana khuatir risiko ubat kepada bayi.

"Tetapi kalau selesema si ibu agak teruk maka mereka perlu dirawat dengan ubat yang diberi nama Tamiflu dan Revenza," jelasnya lagi.

Sewaktu kelahiran dan penyusuan bayi

Dr. Silvam berkata, jika simptom H1N1 terjadi kepada ibu yang hendak bersalin perkara paling tidak digalakkan oleh doktor ialah memberi ubat mempercepat kelahiran (induce). Ini kerana induce akan menyebabkan bayi mudah dijangkiti virus.

"Sebaiknya ibu perlu melahirkan bayi secara normal apabila tiba masanya. Ketika meneran untuk bersalin sudah tentu ibu yang mempunyai simptom tidak boleh memakai topeng (penutup hidung dan mulut), jadi orang di sekeliling mestilah mengambil langkah keselamatan dengan memakai topeng dan basuh tangan dengan bersih.

"Dalam tempoh 72 jam selepas ibu melahirkan dan menerima rawatan, ibu tersebut dianggap tidak menyebarkan virus tetapi langkah pencegahan kebersihan masih perlu diikuti dengan teliti. Sebagai contoh menutup mulut ketika batuk dan cuci tangan dengan kerap," jelasnya.

Dr. Silvam berkata, sebaiknya ibu yang baru melahirkan memberikan susu badan kepada bayi mereka dan jangan berhenti kerana susu ibu banyak antibodi yang membantu menguatkan ketahanan bayi daripada dijangkiti penyakit.

"Virus H1N1 tidak akan berjangkit menerusi susu ibu. Yang penting amal langkah berjaga-jaga, jangan terlalu dekat dengan orang lain dan jika ada sentuhan pastikan tangan dicuci dengan bersih," ujarnya. - Utusan Malaysia, 13 Ogos 2009

Wednesday, August 12, 2009

giliran adik pulop...

minggu nih giliran si adik @ arissa @ mek sa pulop kena chicken pox. semalam baru setat kuar bintit2nya. huwaaaaaaa... terbang lagi cuti rehat ibu... pak haji siap tanya cuti tinggal bape ari? xmo cuti raya ke? huwaaaaaaaaa... apakah maksud disebalik soklan2 itu? sendiri pk lorrr... jadinnya ari nih, ibu terpaksa angkut arissa ke opis lor.. TERPAKSA.. bukan saje suka-suka... mujur pak haji xcakap apa. dan mujur jugaklah arissa xbanyak songeh kat opis nih.janji kena jaga mood dia..huwaaaaa..... semoga cepat sembuh kakak oi.....

Monday, August 10, 2009

ME at 20 weeks @ 5 months pregnant... :)

memula tayang gambo muka dulu..see..berseri jer kan..hahahaha.. dan udah semakin chubby @ kembang jer... huhuhu

It’s time to go for your detailed ultra-sound 20-week scan and you’ll be able to look at your baby on screen for possibly the first time! It can be quite an exciting, emotional experience so you might want to take your partner or a friend along to share it with you.

The 20-week scan is usually called the anomaly scan and its purpose is to check that everything is as it should be and your baby is developing normally.

pastu nak tayang gambo perut tapi xnampaklah pulop..xpe...try again...

The position of the placenta will be checked and the main point of the scan is to look for any abnormalities in your baby’s physical growth and development.

The scan lasts about 15-20 minutes and the sonographer who carries it out will more than likely show you the screen at some point while they check your baby and perhaps point out details like the heartbeat and limbs. At 20 weeks, they may also be able to tell which sex your baby is but not all hospitals will tell you this.

If there is any kind of suspected problem, you will be told at once and you may be invited back for another scan. Sometimes it’s necessary to repeat the scan but this does not always mean that there is a serious problem with your baby.- www.dumex.com

wallaa....baru nampokkan.. comei dak?hahahaha.. dah tahu perut tu dah beso, tapi gigih gak nak pakai baju kurung...auw...seksi u...ahaks..

pelbagai alasan...

alhamdulillah..afiff dah sihat sepenuhnya. jadinya arinih dia dah setat g school setelah 14 hari duk lepak sakan di rumah.hahahaha...padan muka abang.. malam tadi, jenuh duk bagi ayat-ayat cinta kat dia..hehehehe..dan pelbagai alasan yang dia berikan tapi telah ditolak mentah-mentah oleh pihak berkuasa..wakakakaka...

punya semangatnya ibu dia nih bangun awal semata-mata xmo kelewatan dalam semua bab.huhuhu.. adiknya pun bangun awal. adiknya lagi semangat nak pegi school, sampai ajak mandi pun, dia mau.. tengah mandi pun siap gelak ketawa riang ria dan sempatlah gosok gigi dulu bagai. adiknya tuh xtau yang dia pun kena g school gak.wakakakaka...


okey, tibalah bab nak mengejutkan hero itu.baca bismillah dulu.muka kasi manis.senyuman perlu kasi lebar.. kesabaran perlu berada di tahap yang maksima sekali.huhuhuhu... kejut punye kejut.. seperti yang dijangka.. menangis/meraung semua ada.. wah..malam tadi kata okey jer nak pegi school, sekali pagi nih... dia leh bagi alasan-alasan yang membuatkan ibu ayah gelak besar...wakakakaka...

ibu : abang..abang.. bangun.. pegi school.. nak mandi kat umah ato kat school? (dialog biasa di setiap pagi)..
afiff : huwaaaaaaaaa... xnak pegi school. afiff nak duk ngan ayah....
ibu : ayah nak g workla..
afiff : afiff duk ngan tok ayahlah...
ibu : tok ayah dah balik kota bharu... abang nak duk sensorang kat rumah ke? sape nak buat milo, nak mandikan, nak bagi makan, nak basuh yak..?
afiff : duk termenung lagi sambil berdendang sayang...huwaaaaa...tetiba... afiff demam nih...
ibu : hoh..iyea ke?(dah gelak time nih).. meh ibu rasa... xpanas pong...

dekat bape minit tah, bagi ayat-ayat cinta sambil berjanji nak bawak g kedai balik school kang, barulah dia nak mandi. bila dah siap semua, tetiba...

afiff : ibu...afiff sakit pingganglah...
ibu : la..nape pulak? xpe sapu minyak...(sambil ambil botol minyak gamat dan hulur kat dia).. minta ayah sapukan...

wakakakakakaka...gelak dulu... hahahahaha... rupanya dia xtau mana pinggang.. dia suh ayahnya buh minyak kat betis.... hahahaha

ibu : ehh..itu bukan pingganglah.. tapi betis...
afiff : huwaaaaaaaa....
xsampai lima minit...
afiff : ibu...afiff sakit pinggang lagi lah..
ibu : hoh..sakit lagi yea.. bawak je minyak tuh g school.kang minta teacher yang sapukan...
afiff : xnaklah...
adeihlah...budak bertuah nih.. pelbagai alasan yang diberikan....
masa duk tunggu lif, time nih duk nangis lagi...tetiba..

afiff : aduh...afiff sakit perutlah...nak yak nih..
dengan selamba ibu jawab...

ibu : hoh...yak kat school jer...hehehehehe..

terus diam....dan bila sampai kat depan pintu sekolah.. sound speaker dua beradik nih terus high volume... huhuhuhu... apa nak buat...ibu tinggalkan ajerlah... lagipun, kejap je nangis tuh...

nota mulut : itu baru yang boy nya bagi alasan. pasnih tunggu alasan si girl pulak...huhuhu

Tuesday, August 4, 2009

afiff ngan sape arinih?

oleh kerana tok ayah afiff ada kat sini, maka ibu dan ayah minta tolong kat tok ayah afiff jagakan afiff.mujur afiff geng ngan tok ayah dia, kalo xgeng.. memang payahla. patutnya tok ayah jaga sampai petang, tapi dek kerana po'cik jaing dapat mc disebabkan demam kus2.. (ampun..bang...), maka tok ayah jaga sampai tengahari jerlah. pastu tok ayah balik ke ekuin. malam kang g amik tok ayah afiff balik cos besok pun mintak tok ayah yang jagakan afiff... TERIMA KASIH tok ayah....

Wanita Hamil Berisiko Hidap H1N1

MELIHAT jumlah kes selesema babi atau Influeza A (H1N1) yang sedang menular di seluruh dunia ketika ini, para saintis dari Pusat Pengawalan dan Pencegahan Penyakit Amerika Syarikat mendapati kadar wanita hamil yang dimasukkan ke hospital disebabkan jangkitan penyakit itu adalah empat kali lebih tinggi berbanding kes biasa.


Para penyelidik dari jabatan tersebut turut menemubual wanita hamil yang dimasukkan ke hospital kerana selesema babi dan semua mereka mengatakan keadaan kesihatan mereka amat baik sebelum mereka jatuh sakit disebabkan virus tersebut.


Justeru para penyelidik berpendapat bahawa wanita hamil adalah golongan pertama yang patut mendapat vaksin selesema babi kerana mereka berisiko untuk mendapat jangkitan daripada virus H1N1.

Kajian tersebut turut mendapati wanita yang hamil akan berhadapan dengan komplikasi serius apabila terkena jangkitan virus pembunuh tersebut.

Di United Kingdom (UK) sehingga kini sekurang-kurangnya dua wanita hamil menjadi korban selesema babi. Seorang lagi wanita hamil di UK terpaksa menerima rawatan di sebuah hospital di Sweden kerana hospital yang merawat pesakit selesema babi di UK sudah penuh dan tidak dapat memberikan rawatan terbaik kepada bakal ibu tersebut.


Kajian yang diterbitkan dalam jurnal perubatan Lancet itu juga menyarankan wanita hamil patut segera mendapat suntikan vaksinasi supaya diri dan bayi mereka selamat.


Disebabkan kes selesema babi yang agak tinggi di kalangan wanita hamil, terdapat beberapa cadangan bagi mengurangkan risiko mereka terkena wabak tersebut.


Beberapa agensi kesihatan di Amerika Syarikat mencadangkan agar wanita hamil tidak berkunjung ke lokasi yang penuh dengan orang ramai tetapi pihak kerajaan pula berpendapat wanita hamil boleh meneruskan cara hidup seperti biasa cuma perlu mengambil langkah ekstra dalam kebersihan. - Agensi (Utusan Malaysia, 4 Ogos 2009)

nak kemas rumah nih...

hahahahahaha...gelak dulu.. agak2 korang aku nak kemas rumah betul ato nak kemas blog nih?hahahaha.... ish..idakla larat aku nak mengemas rumah betul sensorang diri..aku hanya larat mengemas blog nih ajer.hehehehe... nih nak masuk bulan posa dan pastu hari raya pulak.. (mak aih..posa belum lagi dah sebut pasal raya...), jadinya aku ingat aku nak kemas2 lah cikit blog nih.buat perubahan sikit.tukar langsir baru dan perabot baru.. hahahaha.. langsir tuh masih lagi dalam proses pemilihan yea. perabot pulak belum cari lagi.kuikuikui...ada sesape nak jual perabot terpakai tak? :p...

Monday, August 3, 2009

dah keje..

setelah seminggu duk melepak kat rumah, akhirnya arinih aku dah masuk keje.hehehe.. arinih, po'cik jaing pulak yang kena jaga anak bujang dia tuh. esok lusa tulat xtau camne.. ari jumaat maybe aku amik cuti lagi..huhu.. apalah dua beranak tuh buat kat rumah? tadi anto msg (msg jer cukup).. baru pas mandi n duk sapu ubat n dah makan koko krunch. tanya xtgk transformers ke? belum lagi... duk tengok ceria..hahaha... apakah afiff tidak mengajak ayahnya tengok transformers? ooo..sungguh tidak adil tau afiff nih. last week..setiap hari kena tengok transformers..sampai nak muntah ibu nih tau.. bila xlayan kang, sian pulak..orang sakit kan.. jadinya layankan ajerlah..hahaha..sampaikan afiff boleh hafal skrip la... adehlah... lunch time kang, nak baliklah..

Saturday, August 1, 2009

tak tenang dibuatnya...

semua sedia maklum yang afiff kena chicken pox.dan semua juga sedia maklum bila kena penyakit nih, dia akan ditemani dengan kembarnya iaitu demam.dari mula afiff kena CP nih, demamnya xbape panas. tapi setat malam tadi, suhunya naik mendadak..sehingga mencecah 38.9.huwaaaa...kami dah riso yang amat.xmau 'fit' menyerang afiff lagi. memula bagi ubat minum dulu, pastu kat subuh, aku terjaga, terus check suhu badan dia..mak aih...tetap 38.5 ke atas.cuak..cuak..terus kejut ayahnya, minta sumbatkan 'sub' kat buntut dia.

pagi tadi, ayahnya pegi keje seperti biasa. dan kami menjalankan aktiviti seperti biasa iaitu tengok dvd transformers buat hari kelima berturut2...huhuhuhu... dalam kul 12 pm, aku perasan bibir afiff dah merah semerahnya mengalahkan bunga ros merah. suhu..mak aih...38.9.. terus tepon ayahnya...sambil tuh air mata ibunya nih dah menitik dah..ialah..riso ooo..aku sensorang..buatnya 'fit' tuh tetiba menyerang..kat mana aku nak mintak tolong... ayahnya suh bagi 'sub' jer.. hoh...aku ke kena buat..mak aih..jenuh jugak nak sumbat kasi masuk... huhuhu...tapi mujur sukses...

pas masuk jer 'sub' tuh, afiff terus zzzz.. aku terus pantau suhunya...tapi still xturun2.. masa nih ayahnya dah odw balik.aku terus kejutkan afiff, ajak mandi..yang penting nak basahkan kepala tuh... tapi suhu badannya still xturun gak. pk punye pk... adakah termometer nih rosak...hmmm..maybela tuh, pas asar terus g klinik dan bawak termometer sekali. sampai klinik, doc cek suhu..hmm.. 37. 2 jer..pastu try termometer sendiri pulak 38.5..hah..amik ko.. mana satu yang betul nih?dah setel semua.. kami pegi farmasi cos nak beli termometer baru.

punyela xpuas hati pasal termometer dan ditambah lagi dengan badan afiff yang makin panas, terus bawak afiff ke Azzahrah pulak... dan yang terkejutnya..suhu badan afiff memang tinggi 38 ke atas lah... hah..sah termometer doc kat klinik tadi yang rosak...huhuhu... kat azzahrah, doc terus bagi 'sub'..dan alhamdulillah, badannya dah kurang panas dan suhu badan semakin menurun.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails