klik-klak-kluk

u folo, i folo too

a reminder for me...

Allahu ma'i, Allahu naadhiri, Allahu syaahidi
Allah bersamaku, Allah melihatku, Allah menyaksikan aku.


"Hasbunallah wa ni'mal wakil"
(Cukuplah Allah menjadi penolong kami dan Allah adalah sebaik-baik Pelindung).

Pages

Instagram

Friday, February 28, 2014

Contraction pun bermula

Dua tahun lepas, ketika ini, ibu sudah mula merasa contraction. Elok jer pas solat isyak.. Contraction bermula. Patutla ibu xlalu nak jamah makanan. Letih jer rasa. Berat bawak badan..rupanya tandatanda baby nak keluar. Hihihihi... Bila dah setat sakit tu, ibu hanya mampu baring mengiring jerla... Selagi ibu boleh tahan sakit, selagi itulah xyah g hospital. Kebetulan malam jumaat dan abang kakak kena sekolah esok. Ohooo.... Mujur baju sekolah dah siap gosok. dalam pada duk tahan sakit tu,sempat lagi fikirkan benda lain yek.

Terasa lambat betul masa bergerak. Dalam kul 2 pagi, rasa sakit makin kuat, maka jomlah ayah kita check in di hospital. Sampai hospital, cek heart beat baby... N cek laluan. Ok.. Baru bukak 3 cm. Huhuhu.. Macam lambat jer lagi baby nak keluar ni. Dan dan time tu perut lapar pulak. Xsampai hati nak suh ayah g 7e pepagi hari. Oleh itu tahan jerla lapar sambil berfikir kalo xmakan memang confirm xdak tenaga nak push.
Huhuhuhu... Mintak makanan dengan nurse, just ada milo sahaja. Oklah.. Syukurlah at least dapat minum milo.

Pastu.. Terusla rasa makin kerap contractionnya. Ayah duk gosok belakang ibu. Sian ayah... Musti penat. ibu suh ayah tido, manala ayah bole tido bila tengok ibu duk menahan sakit. Bila kat hospital, ibu xleh baring sebab rasa sakit sangat bila baring. Jadinya ibu duduk dan berjalan dalam bilik jer. setiap kali bila dah check in di hospital, ibu memang akan berjalan dalam bilik. nak bagi laluan buka cepat. Dalam pukul 5 pagi, nurse datang cek jalan lagi. Ok.. Sudah bukak 5 cm marilah kita ke labour room.

To be continued....

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails