klik-klak-kluk

u folo, i folo too

a reminder for me...

Allahu ma'i, Allahu naadhiri, Allahu syaahidi
Allah bersamaku, Allah melihatku, Allah menyaksikan aku.


"Hasbunallah wa ni'mal wakil"
(Cukuplah Allah menjadi penolong kami dan Allah adalah sebaik-baik Pelindung).

Pages

Instagram

Monday, January 19, 2015

Terbang..



alahai... dah lama xterbang tinggi di udara. cuak secuak cuaknya. dahlah terbang seorang diri. memang sepanjang penerbangan cuak ajer. tapi dalam hati duk berzikir jerla. hihihi.... keputusan untuk terbang diambil dalam masa satu hari. setel semua urusan di rumah... ayuhla hantar ibu ke Subang Airport. ayah just drop ibu jer. afiff dan ayra tido. kalaupun mereka xtido, xde maknanya ayah nak angkuat 4 beradik tu seorang diri. kang ada yang keciciran. lalalala.....


Subhanallah...Maha Suci Allah... cantik sungguh ciptaan Mu ini. bila tengok awan tu... terdetik dalam hati... kalaulah awan itu boleh disentuh.. boleh tak baring atas awan itu... hihihi... dah jadi macam budakbudak pulak. maklumlah... travel sorang diri. maka layan jerlah dirisendiri.


bila tengok laut dari atas... terdetik di hati perasaan cemasedihtakutdanlainlainlagi. bagaimanalah perasaan mereka yang berada di dalam MH370, MH17 dan QZ.... semasa kejadian berlaku. Allahuakhbar...


Alhamdulillah... selamat sampai ke destinasi. ini bukan satu percutian untuk berseronok apatahlagi untuk shopping cokelat. huhuhu....


tujuan utama  adalah untuk ke sini, melawat pakcik yang keuzuran.Semoga Allah permudahkan urusan uncle. semoga Allah kurniakan kesabaran dan ketabahan kepada keluarga uncle.memang xkemana pun. hanya berada di hospital. malam baru ikut sepupu balik rumah untuk berehat. hmmmm... masa memula sampai sini, tengok uncle... Allah... air mata terus bertakung. terasa sebak. sebab selama nih bila jumpa dia musti dalam keadaan sihat walafiat dan segak bergaya. bila salam auntie... huwaaaa... terus hujan... sesama hujan dengan auntie. sambil berpelukan... hanya mampu berkata bersabarlah.. Allah... ninironna paling lemah bab ni. xtau nak cakap apa. ok. stop...before hujan datang lagi.

posted from Bloggeroid

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails