klik-klak-kluk

u folo, i folo too

a reminder for me...

Allahu ma'i, Allahu naadhiri, Allahu syaahidi
Allah bersamaku, Allah melihatku, Allah menyaksikan aku.


"Hasbunallah wa ni'mal wakil"
(Cukuplah Allah menjadi penolong kami dan Allah adalah sebaik-baik Pelindung).

Pages

Instagram

Showing posts with label januari. Show all posts
Showing posts with label januari. Show all posts

Friday, February 6, 2015

Ohh...my ameena

Allah.... anakbertuahcerdikpandai ibu yang sorang nih. dah sebulan sesi persekolahan bermula. tapi... setiap pagi tika menghantar dia ke sekolah memang suka memalukan menguji kesabaran ibu dengan tangisanteriakan 'ibu.....tunggula saya..'. satu level boleh dengar tangisanteriakan dia. adoilahai... dia menangis bukan kerana xnak pergi sekolah, bukan kerana kena marah dengan guru. dia menangis hanya kerana nakkan ibunya temankan dia dengan hanya berdiri sahaja di pintu kelas. huhuhuhu..... ibu xnak nak oi..jadi jaga kat kelas kamu. ibu nak pergi work nak oi. tapi ada dia kisah dengan alasan ibu... 'aku peduli apa'.. dan terus sambung teriak. ohoooooo.... ibu tinggalkan ajer kamu. semoga cikgu yang menjaganya dikurniakan kesabaran yang tinggi. ameen...


ini pagi semalam punya kes. acer tengok kawankawan kamu tu... siap menari zapin lagi hah di pagi hari.


sedih sangatlah kononnya.... cikgu ameena kata 'ameena nangis sekejap jer.. lepas perhimpunan atau selepas sarapan dia dah kembali ceria. seolaholah dia xmenangis pun pagi tadi...'


aktiviti selepas sarapan. tuh tengah gigih nak masukkan tali ke dalam lubang mainan tu sampai tertunduktunduk dia. konsentret sungguh dia. bila time balik... dia cakapa ' ibu... saya nangis satu jer bu...'. hahahaha... alahai anak... 

posted from Bloggeroid

Thursday, January 29, 2015

Bento 29/1/2015


Bento hari khamis :

Afiff - karipap daging (rehat) dan nasi goreng + ikan + fishball + kacang panjang (lunch). abang kena stay kat sekolah sebab ada pertandingan merentas P11K (desa ) petang nih.

Arissa - karipap daging untuk waktu rehat. lunch di rumah dengan ibu.

AmeenAyra - nasi goreng dan karipap.

Alhamdulillah... selesai untuk hari ini. esok last day untuk minggu ini. terfikir untuk buat sandwich telur ajer. no bento for lunch esok. lalalalala....


posted from Bloggeroid

Wednesday, January 28, 2015

Bento 28/1/2015


bento untuk hari rabu :

afiff - sosej + crab stick (rehat) dan nasi putih + ayam goreng madu (teriyaki) + sayur kobis fish ball. afiff xbalik pas sekolah tengahari kang sebab dia ada latiahn merentas desa.

arissa - sosej + crab stick untuk waktu rehat. lunch dia makan kat rumah.

ameenayra - sosej jer. cukupla... nanti ada makanan lagi kat rumah pengasuh.


menu lunch tengahari nih adalah ayam madu (teriyaki) dan sayur kobis + fish ball masak kicap. gulp...tengok gambar ayam tu... sungguhla menggugat nafsu makan.  first time guna resepi ni. xdan nak rasa lagi ayam tu.



ayam masak madu (teriyaki). resepinya asalnya yang diperolehi melalui en gugel jer...

- setengah ekor ayam dipotong kecil
- 2 ulas bawang putih (cincang halus)
- 3 inci halia (cincang halus)
- 3 sudu madu
- 4 sudu kicap manis
- 1 sudu teh garam
- 1 sudu besar gula

caranya : perap semua bahan sekurang-kurangnya setengah jam (ku perap semalaman). pastu masakkan tanpa minyak dengan menggunakan non stick pan. semasa dimasak, tutup dengan penutup dan dikacau sesekali hinggalah kuah berkurangan, pekat dan menyaluti ayam. kuah akan berbuah ketika masak.

posted from Bloggeroid

Tuesday, January 27, 2015

Program langkah ceria & pelancaran kibar bendera wilayah persekutuan

Dah lama betul xjoin langkah ceria nih. Nih baru nak setat balik. Bangun seawal 5.45 pagi (dah macam nak g sekolah jer).
hmmmm... yea.. dapat tshirt  saiz xs untuk arissa dan ameena. oklah tu.  saiz ayra je yang xde. mujurlah dia pun pakai baju kaler biru. dapat jugak bendera wp.


wah... seronok korang yek dapat bendera.


ok... program sudah pun bermula. ayoh anakanak...jalan... kami jalan sejauh 3 km jer. hahahaha...itipun jenuh bising tanya bila nak sampai.



rehat jap untuk melepaskan lelah dan mengurankan kepenata. iyeaiyea jer ayra tuh. tapikan ayra lama gak berjalannya... sampai dia kata penatlah. bagus ayra...


fuhh... dah sampai terus melepek. ooo..ayra..napelah hidong awak mekmek dik oi. duk makan sambil tunggu cabutan bertuah. semoga kami bertuahlah pada pagi tu.



dan alhamdulillah... ada rezeki kami pagi tu. sampai gak hajat ibu nak memilik stand mixer. 

posted from Bloggeroid

Bawal emas masak stim


tuhdia...lamakelamaan dalam blog nih penuh dengan gambar makanan jer. hihihi.
ok.. malam tadi punya menu bawal emas masak stim jer. tabur segala jenis sayuran yang ada, pastu tuang sos tiram. kalau nak pedas taburlah lada hitam. nak lagi ummpph... buh hirisan lemon. perghhhh...conpem sedap. pastu stimkan selama 15 minit. masak satu jenis lauk sudah memadai bagi kami sekeluarga. tapi kena pastikan ada sedikit sayuran. barulah meriah. 



posted from Bloggeroid

Bento 27/1/2015



Menu hari ni :

afiff dan arissa - nugget (rehat), kuetiawgoreng (lunch) dan kek gulung (KAFA)
ameena dan ayra - nugget dan kuetiawgoreng

sekarang fikir menu untuk esok pulak. lalalalalala....

posted from Bloggeroid

Monday, January 26, 2015

Bento 26/1/2015


bekalan untuk hari ini: masa rehat karipap ayam. lunch nasi putih + ikan goreng untuk afiff dan nasi putih + telur mata untuk arissa. KAFA pula bawa cupcake dan roti kismis. untuk  ameena nasi + telur mata dan  cupcake + roti kismis. ayra bawa cupcake dan roti kismis jer. ok. setel untuk hari nih. sekarang kena fikir menu untuk esok pulak. huhuhu


posted from Bloggeroid

Bento paling simple 23/1/2015


ok.. sepanjang dua minggu sekolah, pagi nih punya bentolah yang paling simple. roti + nutella jer. pastu kasi potongpotong. afiff arissa nak roti di potong empat jer. ameenayra kasi potong kecilkecil. senang nak ngap. sepanjang 2 minggu sekolah nih, ayralah yang paling excellent. bekalnya sentiasa habis. hihihi.... afiffarissa bekalan yang xhabis adalah jemput kentang.  ok... nanti ibu buat jemputjemput lain pulak. 

posted from Bloggeroid

Bento 22/1/15

Rasanya untuk tahun ni.. blog ni akan penuh dengan gambar makanan jerla kot. Si ibi tengah kerajinan bangun awal pagi sediakan bekal untuk 4 aiman. Semoga ibu akan terus istiqomah..


hari ni punya bento, just sorang satu jer. sebab afiffarissa xde kafa. lunch pun makan spiral pasta goreng nih jugak. hihihi. ameena xbawa bekal ke sekolah. so bekal tu untuk makan di rumah pengasuh tengahari nanti.


posing dulu sebelum 'hujan lebat' melanda. hahahaha....


see... 'hujan' dah mula turun. nampak cikgu jer terus peluk ibu kuatkuat. tapi mujurlah xde ributpetir sebelum melangkah masuk ke kelas. kalau ada, memang kes nayalah. hahahaha.... 

posted from Bloggeroid

Saturday, January 24, 2015

Meehoon sup chinese style

First time cuba masak menu ni . jadi memasak haruslah secara berjemaah.. sedap atau xsedap belakang kira. berani para suami kata xsedap...... haha. resepi di cilok dari blog kak elly. apappun.. resepi nih memang mudahsenang. lenkali boleh buat lagi.



bahan sup :

fishball
fishcake
(dlm erti kata lain.. bahan2 yongtaufu lah)
segenggam ikan bilis
minyak bijan
bawang putih (ku tambah halia...)

cara2 masak sup :

rebus ikan bilis dengan air (sampai ikan bilis nak hancur. lagi lama rebus lagi sedap..kata k. elly)
dalam kuali lain... tumis bawang putih dan halia. 
bila ikan bilis dah hancur, keluarkan ikan bilis. pastu buh bawang putih dan halia yang dah ditumis tadi.
tuang lebih kurang sesudu besar minyak bijan.
last sekali buhlah segala fishball, fishcake dll... masak sehingga bahan2 tu masak. 
dah siap. jangan lupa tutup api.

hmmm.. tuh jerla kot. yang lain2 boleh tengok kat gambar di atas. 



posted from Bloggeroid

Wednesday, January 21, 2015

Bento hari ni

Hari nih ibu just buat nasi goreng + ayam untuk lunch, jemput kentang untuk makan waktu rehat. Sarapan tadi just koko krunch jer. Oklah tu..janji ibu ada masakmasak untuk anakanak ibu.



Kami di sekolah pagi tadi. Tunggu cikgu pra sekolah datang buka pintu. Ceria je ameena masa ni. Tapi bila masa nak masuk kelas terus hujanlebatkilatpetirhalilintar diaertai dengan ributaufan sebab dia punya jeritan batin memang kasi gegar bangun sekolah. Hari ni siap ada pakej lari kuar kelas dan tarik baju ibu. Perghhhh.... sabar jerla.


posted from Bloggeroid

Tuesday, January 20, 2015

simple bento

Alhamdulillah... minggu kedua main masakmasak di pagi hari. cuma minggu pertama sekolah xperlu sediakan bekalan tengahari dan petang untuk afiff dan arissa.



semalam duk listkan menu untuk minggu ini. hmmm... hanya mampu fikirkan menu sampai hari rabu. adoilahai... ibu perlukan menu yang simple jer. maklumkanlah nak siapkan bekal untuk 4 aiman. xpe..xpe..harini ibu kena gugel lagi menumenu yang simple. chaiyok...ibu. semoga tahap kerajinan ibu berkekalan sehingga ke hujung tahun. 



posted from Bloggeroid

Monday, January 19, 2015

Terbang..



alahai... dah lama xterbang tinggi di udara. cuak secuak cuaknya. dahlah terbang seorang diri. memang sepanjang penerbangan cuak ajer. tapi dalam hati duk berzikir jerla. hihihi.... keputusan untuk terbang diambil dalam masa satu hari. setel semua urusan di rumah... ayuhla hantar ibu ke Subang Airport. ayah just drop ibu jer. afiff dan ayra tido. kalaupun mereka xtido, xde maknanya ayah nak angkuat 4 beradik tu seorang diri. kang ada yang keciciran. lalalala.....


Subhanallah...Maha Suci Allah... cantik sungguh ciptaan Mu ini. bila tengok awan tu... terdetik dalam hati... kalaulah awan itu boleh disentuh.. boleh tak baring atas awan itu... hihihi... dah jadi macam budakbudak pulak. maklumlah... travel sorang diri. maka layan jerlah dirisendiri.


bila tengok laut dari atas... terdetik di hati perasaan cemasedihtakutdanlainlainlagi. bagaimanalah perasaan mereka yang berada di dalam MH370, MH17 dan QZ.... semasa kejadian berlaku. Allahuakhbar...


Alhamdulillah... selamat sampai ke destinasi. ini bukan satu percutian untuk berseronok apatahlagi untuk shopping cokelat. huhuhu....


tujuan utama  adalah untuk ke sini, melawat pakcik yang keuzuran.Semoga Allah permudahkan urusan uncle. semoga Allah kurniakan kesabaran dan ketabahan kepada keluarga uncle.memang xkemana pun. hanya berada di hospital. malam baru ikut sepupu balik rumah untuk berehat. hmmmm... masa memula sampai sini, tengok uncle... Allah... air mata terus bertakung. terasa sebak. sebab selama nih bila jumpa dia musti dalam keadaan sihat walafiat dan segak bergaya. bila salam auntie... huwaaaa... terus hujan... sesama hujan dengan auntie. sambil berpelukan... hanya mampu berkata bersabarlah.. Allah... ninironna paling lemah bab ni. xtau nak cakap apa. ok. stop...before hujan datang lagi.

posted from Bloggeroid

Thursday, January 15, 2015

Mentari bersinar di siang hari

Kuikuikui.. kisah budak bertuah ni lagi. acu tengok gambar di bawah. bukan main ceria lagi dia time balik. acu belah pagi...muka dah rupa menda dah. hahahaha.... baru 4 hari sekolah dia dah mula tanya bila nak cuti sekolah. harihari tanya soalan yang sama. adulahai....  ibu berdoa semoga esok ameena akan ceria untuk pergi ke sekolah.


posted from Bloggeroid

Hari ketiga dan keempat sekolah

Pagi hari ketiga sekolah, ameena ok ajer. Xde hujanributpetir. Tapi tetap merengek suh ibu tunggu kat pintu. Aiyooo.. anak.. babai... ibu pegi work dulu. Kakak arissa akan jaga kamu ye. Hahahahaha....rupanya bila ibu dah tinggalkan dia... hujanlebatributpetir semua ada. Adu si kakak arissa.

Hari keempat sekolah.

Pagi nih paling menguji kesabaran. Bangun pagi dah setat hujan. Mujurlah tugas ayah untuk melayan dia sebab ibu sebok di dapur. bila di tanya kenapa perlu menangis bila nak g sekolah? dia cakap xde sape nak jaga saya... aiyooo.... anak... ALLAH kan ada. ALLAH  sentiasa jaga kakak ameena. tapi.. kenapa saya xnampak ALLAH. pulak dah... ibu lemah betul kalo bab pujuk memujuk nih. nanti ibu pas kat ayah lah untuk jawab soalan tu. huhuhuhu.... 



snap gambar dalam diam supaya dia xmenggelupur sebab xnak amik gambar.


lambat pulak cikgu nih bukak kelas kamu ameena oi. penatlah ibu dengar kamu menangis. bila cikgu sampai, terus suh dia masuk kelas. melangkah jugak dia masuk kelas sambil melontar 'jeritan batinku' sekuat alam. haru betullah kamu ni. seperti biasa, ibu tinggalkan ajer kamu. biar kakak arissa yang pantau kamu. hahahaha..... 

posted from Bloggeroid

Wednesday, January 14, 2015

Hari kedua sekolah

Wah... masih lagi hujan di pagi. Hari ni hujan turun awal pagi. Belum keluar rumah hujan dah turun. Naseb baik xbanjir.

Hujan di dalam rumah.


Masih lagi hujan kat sekolah. Haha... babai... ibu tinggalkan aje.


Eh...mentari dah bersinarlah.
posted from Bloggeroid

Tuesday, January 13, 2015

Perihal hari pertama sekolah 2015

Hari pertama sekolah bagi tahun 2015. Seperti biasa ibi dan ayah akan berciti juga sebab nak uruskan 3 aiman. Sebenarnya lebih kepada nak uruskan aiman no. 3. Maklumlah pengalaman pertama kali dalam hidup ameena menjejakkan kaki ke alam persekolahan walaupun hanya ke prasekolah sahaja. Semoga dipermudahkab urusan anakanak semua.


Apa yang penting sarapan pagi. Aiman no. 4 tu menyibok jer.


Ok.. dah bersedia untuk ke sekolah. Bismillah...


Sampai sekolah terus cari kelas abang dulu. Ok. Abang dah masuk kelas. Next...


Ameena pulak. Ok. Dah duduk kat tempat. Ibu nak hantar kakak pulak.


Fuhhhh... berpeluh mencari kelas kakak. Bila dah jumpa... ibu g kelas ameena balik. Fuhhhh....


Intai dari tingkap jer dulu. La.. menangis pulak dah sedusedan dah. Haru betullah budak bertuah ni.


Bersungguh nangisnya. 'Ibu pegi mana?saya xnampak ibu. Ibu dudukla kat pintu tu. Teman saya..'. Weila... awatlah hang jadi lagu ni ameena oi. 'Baiklah nak'. Xlama pastu kena beratur tuk ke tapak perhimpunan. Diheretnya ibu sekali. Bila cikgu nampak terus cikgu amik dia. Ahh...lega ibu. K..ibu nak amik spot terbaik supaya ameena nampak ibu.


Chakkkk...nampak ibukan. Sempat buat peace. legalah dia sebab nampak ibu.


Tengah baca ikrar. Angkat tangan kananlah kan. Bila nampak ibu nak amik gambar.. terus buat peace.








napelah masam sangat muka tu ameena oi... fringe tu senget..apalah tukang gunting rambut ni...


pakat menguap belaka doh...








posted from Bloggeroid

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails