16 Julai
kami berangkat balik ke kampung sehari sebelum raya. dah set timing akan bertolak paling lambat kul 7 pagi. so, sebelum kul 7 dah gerak. alhamdulillah... perjalanan lancar sehinggalah selepas genting sempah. ingatkan ada accident tapi xde papepun.. just ada 2/3 kete berenti tepi jalan. pfffttt... adakah sebab itu je perlu jem sampai berkilo2meter... pfffttt....
kami memang setiap tahun akan beraya di rumah nenek dulu. kihkihkih... raya kedua baru gerak balik ke KB. keputusan ini atas persetujuan bersama yek. supaya kami leh beraya lebih lama di KB. maklumlah jarang balik sana. huhuhu....
raya tahun ni, semua adikberadik ada. so, meriahlah sikit. tapi.... raya tahun nih adalah raya pertama tanpa arwah tok. xde lagi tok yang bangun awal pagi dan orang yang paling bersiap. pastu duduk di kerusi malas luar rumah sambil tunggu anakmenantucucucicit datang berkunjung dan bersalaman sambil dihulur RM1 kepada cucucicit. huhuhu... dan kami dapat rasakan akan berkurangan tetamu datang beraya xpun memang xde yang datang. huhuhu.
owh... entry nih nak cerita pasal kakak arissa yang super duper rajin dan bertenaga di hari terakhir puasa. xperlu disuruh buat itu ini, dia yang akan sukarela membantu. siap tanya ibu.. ada apapa yang boleh saya tolong. fuhhh.... tahniah kakak. semoga sifat ringan tolong dan rajin membantu ini akan berkekalan yek. hihihi... antara kerja yang kakak boleh buat adalah salai ayam kampung dan masukkan beras ke dalam daun ketupat. 6 ekor ayam kampung yang kakak tolong salaikan.
No comments:
Post a Comment