klik-klak-kluk

u folo, i folo too

a reminder for me...

Allahu ma'i, Allahu naadhiri, Allahu syaahidi
Allah bersamaku, Allah melihatku, Allah menyaksikan aku.


"Hasbunallah wa ni'mal wakil"
(Cukuplah Allah menjadi penolong kami dan Allah adalah sebaik-baik Pelindung).

Pages

Instagram

Showing posts with label festival. Show all posts
Showing posts with label festival. Show all posts

Friday, June 19, 2015

1 Ramadhan..

Ramadhan Kareem.....

Alhamdulillah... Ramadhan datang lagi. 

Ramadhan tahun ni chef @ mama duk sekali dengan kitaorang. yipiie... seronok sebab leh makan masakan mama. so 1st day sahur mama masak ketam masak lemak. tapi yang makan lauk tuh mama dan pak chu jerla. afif dan arissa makan nasi +telur + kicap. ayahnya makan nasi + telur + sambal daging. ibunya  makan roti + milo. dan semua diwajibkan makan kurma. hahahahaha.... Alhamdulillah.. 1st day Ramadhan berjalan lancar walaupun 'bateri' tinggal 20% jerla lagi. 

tahun nih mama dapat tapak berniaga di festival ramadhan. mama jual nasi putih dan lauk pauk jer.  so petang semalam, dalam kul 6, kami p dapat mama. tolongla mana yang boleh ditolong. dan seterusnya berbuka di sana sahaja. dapat dengar azan live dari masjid besi. 

antara menu dijual...

yang paling awal abes adalah ayam masak merah. diikuti dengan ikan patin masak tempoyak. huhuhu... xmerasa makan ikan patin semalam. 


inilah pak chu.. anak bongsu mama. kuat melawan budak nih. geram nak tarik mulut tuh. hahahaha.... walaupun kuat melawan tapi dia rajin buat kerja. ringan tulang sangat orangnya. sekarang nih susah dah nak cari orang laki yang ringan tulang... ehhh... terlebih puji pulak. 

afiff duk mengendeng pak chu dia la tuh. nak ajak g cari makananlah tuh. kuikuikui... dan misi dia berjaya mengepow pak chu belikan kebab + air. ibunya pun berjaya mengepow pak chu belikan air dan nasi putih. kebetulan nasi putih semalam abih dulu dari laukpauk. 

oloh... sian budak nih. bateri memang tinggal 1% jer semalam. ibu sampai rumah jer. dia duk tido. pastu dengar dia menangis. 'ibu... saya lapar sangat nih.. xlarat nih'. alahai kakak... lagi sejam setengah jer. sabar.. sabar... sampai kat nenek jer... terus terbaring. hahahaha.... bila tanya nak makan apa pun xmampu nak pikir dah. hanya redha dengan pilihan ibu jer. hahahahaha.... budak nih pun berjaya pow pak chu dia. 

Wednesday, December 17, 2014

Festival LAMPU 2014

Festival Light and Motion Putrajaya (LAMPU) 2014 telah diadakan dari 12 - 14 Disember 2014 di sekitar Perbadanan Putrajaya. Dah namapun festival lampu..so perbadanan putrajaya diterangi dengan cahaya lampu yang berwarnawarni. Kami p pada ahad malam. Last day baru gigih nak p. Hihihi...so jom layan gambargambar ni....


pentas utama kat padang PPj. mengadap Istana Kehakiman.


























posted from Bloggeroid

Tuesday, July 8, 2014

Pasar Ramadhan dan Festival Ramadhan

Dekat sangat.. tapi mandi peluhlah gak lah kalau g pasar ramadhan tu. lokasinya di Presint 3 antara Perbadanan Putrajaya dan Masjid Besi.

pasar ramadhan... jual laukpaukkuihmuih jer...
bazaar ramadhan.... jual persiapan raya seperti kainbaju. so.. sesapa yang belum shopping, bolehla datang shopping kat sini..

Monday, June 2, 2014

Jom Heboh di Putrajaya

Petang sabtu... Kami pergi terjah Jom Heboh di belakang Mahkamah Kehakiman, Presint 2. jenjalan sambil membelibelah. hihihihi... pergi Jom Heboh kalau xmembeli memang xsah. ishishish... Jom Heboh diadakan sempena Festival Belia 2014.

posing dulu sementara tunggu ayah dan abang pergi solat di masjid besi.
dah sampai ke lokasi. masa nih Muzik Muzik tengah live di kaca tv. ingat ada Scha tapi rupanya xde dia. baru teringat yang malamnya ada ABPBH 2013 kan. tentu Scha tengah siapsiap tu. hikhikhik... rupenya malam tu dia bertugas patutlah xde kat Muzik Muzik. xpe... malam tu dapat tengok Scha live di ABPBH cuma xberkesempatan nak selfie bersama jer.
uih... pokok ari dah mai.. lelaju kami jenjalan kat sini.
hai abam... nak jadi superhero yek...
di booth coklat Crunch. beli coklat RM10, bolehla abam main game nih. abam dapatlah coklat wafer crunch satu pek .

Monday, May 19, 2014

BBWB di Putrajaya?

Wah.... Bior betik weh.... Big Bad Wolf Books (BBWB) akan berada di Putrajaya dari 23 - 25 Mei 2014 di Persiaran Perdana.

harus pergi nih...harus...harus... dah lama teringin nak terjah BBWB ni tapi xpernah berkesempatan. tapi kali in shaa Allah.... kena pergi... lalalalala....

jom korang.. ramai-ramai memeriahkan BBWB ini.

Sunday, February 16, 2014

Saturday, February 15, 2014

Moh tengok kucing

Festival Kucing Putrajaya 2014 di Perbadanan Putrajaya. Kami pegi  lepas solat asar kat masjid besi. Kucingkucing pun dah penat nak senyum dan posing. So..meh tengok gambar kucingkucing yang berjaya menarik lensa hp ninironna.hahaha

ayra sekarang ni pantang dengar lagu. asal dengar lagu (rancak) jer.. otomatik badan akan bergoyang. tuh tengah borgoyang lah tuh....
hai... sorilah i xboleh nak bergerak. riben dileher nih mengganggu betullah... miow..
Selamat Hari Wilayah! hai uolls.. I pasrah ni..pasrah.. 
lepaskan aku..lepaskan aku.. aku dah bosan duk dalam ni. semua orang duk cucukcucuk aku.. tolong..tolong..
kucing carpet
rabalah...rabalah... I rela diraba.. hahahaha
penat layan uolls yang suka cucukcucuk ni..
sejuknyeeee
kepenatan kucing nih. tido siap pakej dengan berdengkur sekali. hahahahah
eeee.. bosan betullah...asek kena raba jer dari pagi tadi...
sombong betul kucing nih. boleh duk ngadap dinding pulak dia.
bolayanlah korang...
I is penat.
purapura tido itu lebih baik
hai miow... buat apa tu?

Saturday, September 14, 2013

Festival Kucing Putrajaya

Mari pakat reramai memeriahkan festival kucim bertempat di lobi Auditorium Cempaka Sari, Perbadanan Putrajaya dari 14-15 September 2013. Hari nilah tu hingga esok.


Ni antara kucimkucim yang ada di festival tersebut..


Tulun.. Tulun.. Sudah tiga hari saya xmakan...


Akulah si kucim bintang


Aku pulak si hairless kucim. Sebab kena pakai baju


Si kucim yang bosan tahap gabankesatriabajahitam


Hi... Uols musti kenal I.. Si garfield yang pemalas tahap arnabyang sombongbongkak

Dah.. Tu jerlah gambargambar kucim yang i snap.


Nih gambar tuan belog la pulak. Nak bergambat dengan kucim real.. Malas nak pegang takut bulubulu melekat kat baju, jadinya bergambar dengan gambar kucim yang comel nih jerlah. kihkihkih

posted from Bloggeroid

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails