klik-klak-kluk

u folo, i folo too

a reminder for me...

Allahu ma'i, Allahu naadhiri, Allahu syaahidi
Allah bersamaku, Allah melihatku, Allah menyaksikan aku.


"Hasbunallah wa ni'mal wakil"
(Cukuplah Allah menjadi penolong kami dan Allah adalah sebaik-baik Pelindung).

Pages

Instagram

Showing posts with label puasa. Show all posts
Showing posts with label puasa. Show all posts

Monday, July 27, 2015

Kakak yang rajin

16 Julai

kami berangkat balik ke kampung sehari sebelum raya. dah set timing akan bertolak paling lambat kul 7 pagi. so, sebelum kul 7 dah gerak. alhamdulillah... perjalanan lancar sehinggalah selepas genting sempah. ingatkan ada accident tapi xde papepun.. just ada 2/3 kete berenti tepi jalan. pfffttt... adakah sebab itu je perlu jem sampai berkilo2meter... pfffttt.... 

kami memang setiap tahun akan beraya di rumah nenek dulu. kihkihkih... raya kedua baru gerak balik ke KB. keputusan ini atas persetujuan bersama yek. supaya kami leh beraya lebih lama di KB. maklumlah jarang balik sana. huhuhu.... 

raya tahun ni, semua adikberadik ada. so, meriahlah sikit. tapi.... raya tahun nih adalah raya pertama tanpa arwah tok. xde lagi tok yang bangun awal pagi dan orang yang paling bersiap. pastu duduk di kerusi malas luar rumah sambil tunggu anakmenantucucucicit datang berkunjung dan bersalaman sambil dihulur RM1 kepada cucucicit. huhuhu... dan kami dapat rasakan akan berkurangan tetamu datang beraya xpun memang xde yang datang. huhuhu. 

owh... entry nih nak cerita pasal kakak arissa yang super duper rajin dan bertenaga di hari terakhir puasa. xperlu disuruh buat itu ini, dia yang akan sukarela membantu. siap tanya ibu.. ada apapa yang boleh saya tolong. fuhhh.... tahniah kakak. semoga sifat ringan tolong dan rajin membantu ini akan berkekalan yek. hihihi... antara kerja yang kakak boleh buat adalah salai ayam kampung dan  masukkan beras ke dalam daun ketupat. 6 ekor ayam kampung yang kakak tolong salaikan.




Thursday, July 23, 2015

Day 1

Alhamdulillah...
Selamat berbuka....

Friday, June 19, 2015

1 Ramadhan..

Ramadhan Kareem.....

Alhamdulillah... Ramadhan datang lagi. 

Ramadhan tahun ni chef @ mama duk sekali dengan kitaorang. yipiie... seronok sebab leh makan masakan mama. so 1st day sahur mama masak ketam masak lemak. tapi yang makan lauk tuh mama dan pak chu jerla. afif dan arissa makan nasi +telur + kicap. ayahnya makan nasi + telur + sambal daging. ibunya  makan roti + milo. dan semua diwajibkan makan kurma. hahahahaha.... Alhamdulillah.. 1st day Ramadhan berjalan lancar walaupun 'bateri' tinggal 20% jerla lagi. 

tahun nih mama dapat tapak berniaga di festival ramadhan. mama jual nasi putih dan lauk pauk jer.  so petang semalam, dalam kul 6, kami p dapat mama. tolongla mana yang boleh ditolong. dan seterusnya berbuka di sana sahaja. dapat dengar azan live dari masjid besi. 

antara menu dijual...

yang paling awal abes adalah ayam masak merah. diikuti dengan ikan patin masak tempoyak. huhuhu... xmerasa makan ikan patin semalam. 


inilah pak chu.. anak bongsu mama. kuat melawan budak nih. geram nak tarik mulut tuh. hahahaha.... walaupun kuat melawan tapi dia rajin buat kerja. ringan tulang sangat orangnya. sekarang nih susah dah nak cari orang laki yang ringan tulang... ehhh... terlebih puji pulak. 

afiff duk mengendeng pak chu dia la tuh. nak ajak g cari makananlah tuh. kuikuikui... dan misi dia berjaya mengepow pak chu belikan kebab + air. ibunya pun berjaya mengepow pak chu belikan air dan nasi putih. kebetulan nasi putih semalam abih dulu dari laukpauk. 

oloh... sian budak nih. bateri memang tinggal 1% jer semalam. ibu sampai rumah jer. dia duk tido. pastu dengar dia menangis. 'ibu... saya lapar sangat nih.. xlarat nih'. alahai kakak... lagi sejam setengah jer. sabar.. sabar... sampai kat nenek jer... terus terbaring. hahahaha.... bila tanya nak makan apa pun xmampu nak pikir dah. hanya redha dengan pilihan ibu jer. hahahahaha.... budak nih pun berjaya pow pak chu dia. 

Thursday, November 27, 2014

Wednesday, July 9, 2014

Sian dia..

Huhuhuhu.... sian kakak arissa. ibu sampai rumah dalam kul 5.30 petang semalam, dia terus cakap 'saya xlaratlah bu... perut saya dah bunyibunyi nih'. dan seperti biasa jawapan ibu ' tahan jerlah. lagi sejam lebih jer nak berbuka nih'. naik atas solat asar. selesai solat dia mengadu lagi 'saya nih nak solat pun xlaratlah bu...' . pastu dia dah setat buat drama air mata. ada ibu kesah... xde..xde.. hahahahaha... dek kerana ibu malas nak marahmarah, ibu terus cakap 'kakak ingat kakak sorang je ke yang puasa ni. ibu pun puasa gak.kakak ingat kakak sorang je yang xlarat dan perut bunyibunyi,  ibu pun xlarat jugak dan perut ibu bunyibunyi jugak tapi kena sabarlah. nak dapat banyak pahala kita kenalah sabar.' terus dia diam. hikhikhikhik... xlama pastu... 'ibu... saya nak main kat luar'. dah pulak.. dalam pada xlarat tu ada hati jugak nak main kat luar. hahahahaha... 

ala... blur pulak gambar kakak arissa nih...

Thursday, November 7, 2013

senarai Puasa Sunat 2013-2014/ 1435H

copypaste dari FB Ustaz Zahazan Mohamed

1. Puasa 1-9Muharam = 5 -13 November 2013

2. Puasa Hari Asyura iaitu pada 10 Muharam berserta sehari sebelumnya ialah pada
    13-14 November 2013

3. Puasa Hari Isnin dan Khamis : mana-mana hari Isnin dan Khamis kecuali Hari Tasyrik 11 Zulhijjah
    = 6 Oktober 2014

4. Puasa Hari Putih pada 13, 14 dan 15 haribulan setiap bulan Hijrah seperti berikut:
 
    Muharam    = 17-19 November 2013
    Safar          = 16-18 Disember 2013
    Rabiulawal  = 15 - 17 Januari 2014
    Rabiulakhir  = 13-15 Februari 2014
    Jamadilawal = 15-17 Mac 2014
    Jamadilakhir = 13-15 April 2014
    Rejab           = 13-15 Mei 2014
    Syaaban       = 11-13 Jun 2014
    Zulkaedah    =  8-10 September 2014
    Zulhijjah       =  8-10 Oktober 2014

5. Puasa Sunat Rejab = 1 - 29 Mei 2014

6. Puasa Sunat Syaaban (kecuali hari Syak 30 Syaaban) = 30 Mei - 27 Jun 2014

7. Puasa Enam (puasa mana-mana enam hari Syawal kecuali 1 Syawal ialah antara 29 Julai - 26 Ogos 2014

8. Puasa 1 - 8 Zulhijjah = 26 September-3 Oktober 2014

9. Puasa Hari Wuquf (bagi mereka yang tidak menunaikan Haji ) = 4 Oktober 2013


* Semoga Allah mempermudahkan urusan ibadat kita kepadaNYA dan menerima amalan puasa kita.

Allah telah memberitahu kepada Nabi saw di dalam sebuah hadith yang maksudnya, "Setiap amalan anak Adam adalah untuk dirinya sendri kecuali puasa, sesungguhnya puasa itu untuk aku (allah) dan akulah yang langsung membalasnya." (riwayat al-Imam al Bukhari dan Imam Muslim).

Thursday, October 25, 2012

kelebihan berpuasa sunat Hari Arafah 9 Zulhijjah

hmmm... ninironna very frustrated kerana xdapat nak join kengkawan berpuasa sunat hari Arafah hari ni. walaupun ianya hanyalah puasa sunat tapi kelebihannya jika berpuasa pada hari ini adalah sangat berharga. apapapun, selamat berpuasa sunat Hari Arafah kepada kengkawan yang berpuasa.

Bilakah hari ‘Arafah? Apa dalil bagi kelebihan puasa hari ‘Arafah?

Hari ‘Arafah ialah hari sembilan Zulhijjah. Ia adalah hari terbaik sepanjang tahun kerana Nabi s.a.w. bersabda; “Tidak ada hari yang paling banyak Allah membebaskan hambanya pada hari tersebut dari neraka dari hari ‘Arafah” (Riwayat Imam Muslim).

Adapun disunatkan berpuasa pada hari tersebut, dalilnya ialah; hadis dari Abu Qatadah r.a. yang menceritakan; Nabi s.a.w. ditanya tentang puasa hari ’Arafah. Baginda bersabda; “(Puasa hari itu) dapat menghapus dosa tahun lalu dan yang akan datang” (Riwayat Imam Muslim).

Adakah sunat berpuasa pada hari ‘Arafah itu ada pengecualian?

Ya. Dikecualikan dari jamaah haji. Mereka tidak disunatkan berpuasa pada hari tersebut sebagai mencontohi Nabi s.a.w. dan juga untuk menjaga kekuatan bagi memperbanyakkan berdoa pada hari itu.

Maimunah isteri Rasulullah s.a.w. menceritakan; orang ramai ragu-ragu apakah Rasulullah s.a.w. berpuasa atau tidak pada hari ‘Arafah. Lalu ia (yakni Maimunah) menghantar kepada baginda satu bekas berisi susu tatkala baginda sedang berwukuf di Padang ‘Arafah itu. Lalu baginda meminum susu tersebut dengan dilihat oleh orang ramai kepadanya (Riwayat Imam Muslim).

Malah terdapat tegahan dari Nabi s.a.w. sebagaimana yang diceritakan oleh Abu Hurairah r.a.; “Sesungguhnya Nabi s.a.w. menegah dari berpuasa pada hari ‘Arafah bagi jamaah haji yang berada di ‘Arafah” (Riwayat Imam Abu Daud, Ahmad, Ibnu Majah dan al-Hakim).

Posted by USTAZ AHMAD ADNAN FADZIL

http://ustaznaim.blogspot.com/2011/10/puasa-sunat-hari-arafah.htm

Wednesday, October 24, 2012

9 Zulhijjah


LinkWithin

Related Posts with Thumbnails