klik-klak-kluk

u folo, i folo too

a reminder for me...

Allahu ma'i, Allahu naadhiri, Allahu syaahidi
Allah bersamaku, Allah melihatku, Allah menyaksikan aku.


"Hasbunallah wa ni'mal wakil"
(Cukuplah Allah menjadi penolong kami dan Allah adalah sebaik-baik Pelindung).

Pages

Instagram

Showing posts with label mac. Show all posts
Showing posts with label mac. Show all posts

Thursday, April 2, 2015

buat cupcakes.

Suka ameena dan kawan-kawan bila dapat belajar buat cupcakes step by step. projek hari selasa atau rabu lepas kat sekolah. cikgu siap pesan suh bawah apron (kalau ada). sumber gambar dari cikgulah. hihihihi...


bergilir-gilir pukul adunan.


ehh.. ameena.. tengah membuat cupcakes pun kamu boleh tido yek...








inilah hasilnya sebelum dihias dengan topping.


'nah ibu.. rasalah.. sedap.. saya dan kawan-kawan buat tadi.. rasalah ibu.. rasalah.. '. 

posted from Bloggeroid

Monday, March 30, 2015

Ping pong..ping pong...

Pertama kali dalam sejarah hidup main pingpong... join tournament pulak tu. Terasa diri ini hebat pulak. Hihihi.... sempatlah training 5x. Masa mulamula trainig... cara pegang bet (hentam jer ejaannya tu) salah. Pastu penat kutip bola jer. Adoilahai... training kali ke 3 dah terer cikit dah. kurang penat kutip bola. hahahaha... rupa-rupanya kan ... seronok main pingpong nih. enjoy jer. afiff pulak nampak gayanya macam suka jugak main pingpong nih. dan dan tanya bape rm meja pingpong ni. ohoiiii.... kalau mampu beli pun kat celah manalah nak letak kat rumah tu nak oi... hihihi....


Kejohanan Ping Pong Berpasukan Antara Jabatan. hihi... memang patutla rasa diri sendiri hebat walaupun hakikatnya memang xhebat langsung. jadual di atas tu keputusan untuk kumpulan. so, kami juara kumpulan A dengan kiraan set. Alhamdulillah... dan akan berentap dengan juara kumpulan B. fuhhh... dari jam 9 pagi hingga 5 petang duk berkampung kat sini. mujurla beraircond. sempatlah ayra tido seround.


team pompom kids ibu. seronok korang yea. berlari sana sini. bukan main lagi. memula oklah.. lelama buat ibu serabut. memang adalah yang kena sedas dua. hahahaha....



first game ibu dah kena main. adoi... rerama berterbangan di dalam perut. neves tahap tetiba tapak tangan berpeluh.ohoiii... lawan pulak dengan kak noi yang memang terror. ohoiiii... hentam ajerla labu. apa yang pasti keputusannya ibu kalahlah. 3-1. hahahaha.... xpela... menang gaya pun ok dah. memula ibu main single. pastu main double. tukar-tukar pemain...biar semua rasa bermain. 




masa ni belum ramai lagi yang datang. so, kita panaskan badan dulu. afiff pun nak try main jugak. ishhh... bantainya dia buat macam main badminton. keje dia kutip bola jerla. hahaha...




team pingpong JB 2015. agak keciwa jugaklah... sebab xdapat johan. naib johan jer yang mampu team JB berikan. tapi.. Alhamdulillah... bukan tempat kelima. hihihihi... at least ada jugaklah kutipan mata untuk jabatan. 

posted from Bloggeroid




Thursday, March 26, 2015

Januari - Mac 2015

Majlis sambutan hari jadi untuk anakanak yang lahir pada bulan januari, februari dan mac 2015 di pra sekolah pagi tadi. ameena pun turut diraikanlah sebab birthday dia  jatuh pada 0101. sukalah dia. makan ajer kejenya arinih. pihak sekolah ada sediakan makanan dan juga minta parents bawa potluck. ibu just belikan air kotak untuk semua kawankawan ameena termasuk cikgucikgu dan pembantupembantu cikgu. alhamdulillah..rezeki untuk mereka.

nih musti duk tengah baca doa makan nih. gambargambar adalah ihsan dari guru kelas ameena.


gegirls kelas ameena. boboys pun ada tapi xbuh kat sinilah.


ini musti tengah nyanyi lagu happy birthday nih.


posted from Bloggeroid

Friday, March 20, 2015

Slot ke 2 seminar

Slot kedua disambung selepas minum pagi. Slot yang memang dinantinantikan...


minum pagi. meehoon goreng tu menu sarapan pagi tadi punya. ingatkan dihidang meehoon tu jer. sebab tu buh banyak dalam piring tu. sekali toleh kanan tengok... laaa.... ada yang lain rupanya.. sedap ni.. memang kena amik jugaklah. Alhamdulillah... memang sedap sangat.


tuan blog... xsabarsabar nak tunggu pencerama ni sampai. pagi tuh memang dia lambat lah. hmmm.... rupanya dia mengalami kemalangan kecil. tuh yang lambat sikit tu. tapi bila dia sampai jer terus setat bercakap. pergghhhh... lajunya.. xpe..xpe.. 


ish Amin Idris ni... kecik comey jer orangnya. paling suka tengok tang mata dia. bulu matanya lebat n lentik betul. suara dia pun sedap. siap menyanyi salah satu lagu p.ramlee lagi.


ahhh... peluang ada depan mata jadinya jangan disia-siakan. harus bergambar dengan AI nih. lalalala


posted from Bloggeroid

Thursday, March 19, 2015

Seminar Transformasi Diri : Membentuk Personaliti Unggul, Memartabatkan Prestasi Organisasi

Slot pertama di hari pertama adalah bersama Ustaz Elyas Ismail. pertama kali bertentang mata mendengar talk beliau. Alhamdulillah... seronok. xmengantukxbosan. hihihihi...


nak bergambar berdua dengan beliau... seganlah pulak. jadinya dari meja jer panggil ustaz... tengok sini.. nak snap gambar ustaz. hihihi... sengih jer dia. terima kasih ustaz atas ilmua yang dicurahkan.


posted from Bloggeroid

Tuesday, March 17, 2015

Seminar/kursus/bengkel pertama tahun 2015

Alhamdulillah....permohonan untuk hadir ke seminar ini diluluskan. Memula mohon berdua tapinlast minit member cancel... its ok. No hurt feelings kan kak. Makanya lone ranger jerla. Naik star sampai titiwangsa pastu jalan kaki ke hotel. Fuhhhh... mandi peluh gaklah. Rasa dah lambat sangat sebab pendaftaran kul 8 pagi. Ninironna nak duk depan sekali sebab...sebab... hari ni ada slot bersama Amin Idris. yippiiiii..... suka..suka... nanti ninironna tepek gambar AI yek. Until then...

posted from Bloggeroid

Monday, March 16, 2015

Pasar malam Kuah

Petang sabtu kami p shopping dinner di pasar malam Kuah. First time datang sini. Holiday sebelum2 nih xpenah tau pun akan kewujudan pasar malam ni. So..lets go....


tudung oren tu mama, tudung hitam tu kakak halina (sepupu).kakak dah tanya mama xpe ke jalan jauh sikit ni. wah... dengan eksenya mama kata ok..ok... hahaha... rupanya mama xsangka ke ukur panjang pasar malam tu. malam sebelum tidur mama duk ngadu kata sakit kaki... adoila mama..mama..


ini kuih pelik... hahahah.. first time tengok.


rama-rama kot nama kuih nih. kulit dia rasa macam apam balik. yang putih n merah n kuning tu xtau apa. main beli jer....


ok... yang nih sedap.. memang sedap. intinya ada dua jenis. satu kaya dan satu lagi kelapa.


pukul 6 petang.. panas litlit... ohoiiii


kerabu kaki. bolehla...


punya jauhnya p beli nasi kerabu... sampai ke langkawi... hahahah... solok lada tu sedap.. banyak isinya..tenggelam lada. oklah rasanya.... 

posted from Bloggeroid

Saturday, March 14, 2015

HIG.... done

Boleh jadi giler kalo pergi tempat nih. Fuhhh.... itu baru kat bahagian cokelat jer. Belum lagi p kat bahagian pinggan mangkuk... dua tempat HIG p tadi sebab cari nutella. Tapi xjumpa jugak. Rupanya nutella dah xdak stok.... huhuhuhu....frustnyeee. kat bawah gambar disertakan senarai harga bagi coklat2 yang ninironna beli yek. xyahlah dikira totalnya yek. dendiam sudah. nih just untuk share jer. tiada niat untuk mendabik dada apatah lagi menunjuk-nunjuk. maybe harga yang tertera adalah harga untuk 2015 dikala musim cuti sekolah. apapapun, coklatcoklat yang ninironna borong nih still within the bajet. alhamdulillah.. kawal ajerla nafsu.. hihihi

Sesi 1

PEPERO WHITECOOKIES 6X256G = RM20.90 (kat airport lagi mahal, beza 2/3 ringgit jugaklah)
LOTTE ALM PEPERO B/PACK 6X256G = RM20.90
LOACKER FOGLIETTE DARK 18X100G = RM8.90
LOACKER FOGLIETTE MILK 18x100G =  RM8.90
KITKAT TRIO PACK 135G = RM9.90
WHITTAKERS ALMOND GOLD MULTI 24X135G = RM9.90
WHITTAKERS RAISIN PEANUT MULTI 24X150G = RM9.90


Sesi 2


SNACKLE WAFER CUBER CHOCO 200G X 3 PACKS = RM10.00
NN-TWIX MINI FUNSIZE 403G =rM14.90
TOBLERONE BR/WH/BITT 100G = RM3.90
TOBLERONE FRUIT & NUR 20X100G = RM3.90
TOBLERONE CRUNCHY ALMOND 100G = RM3.90
CADBURY BAR FRUIT 7 NUT 175G -RM3.90
FERRERO ROCHER 35GM X 6 = RM18.90 (RM3.00 EACH)



posted from Bloggeroid

Friday, March 13, 2015

Ohhh...HIG

Hai.. HIG.... tumpang lalu naaa..... esok ceq mai na...


posted from Bloggeroid

Oh Langkawi....

Hihihi... sekarang ibu dan nenek berada di Pulau Langkawi. Yippii... 4 aiman duk memolek dengan ayah di rumah yea. Erk.... sila buli ayah untuk 3 hari ni.

Flight pukul 9 pagi. Kuar umah kul 5.30 pagi cos nak naik erl kul 5.51 pagi. Yup..naik erl jer ke klia2. Saja bawa nenek naik tren.lagipun ayah nak uruskan 4 aiman yang nak g sekolah pagi ni.

Sedang elok azan subuh kami pun sampai ke klia2. P check in di kaunter dulu. Pastu terus p solat subuh. Pas solat p isi perut pulak. Kami p makab kat bumbu desa. Belum kul 7 dah bekpes... huhuhu



Menu sarapan kami. Teh tu adalah 3 in 1 punya teh. Jadinya kureng enaklah.

Pas bekpes, terus g ke departure hall. Perghhh jauh giler nak menapak nih. Ini xleh jadi...nenek xlarat nak jalan so meh kita naik buggy...yeyeye


Happy nenek dapat naik buggy. Jimat tenaga. Hikhikhik


Woooooo.... just the two of us excluding driver


Nenek posing dulu.. nak bagi cucu-cucu tengok gambar nenek


Ya Allah...jauh giler nak sampai ke gate K20 ni.


Khas untuk cucu-cucu nenek

posted from Bloggeroid

Thursday, March 12, 2015

Putrajaya International Hot Air Balloon Fiestal 2015 kini kembali

nih lagu satu event yang sedang berlangsung di Putrajaya iaitu Putrajaya International Hot Air Balloon Fiesta 2015 yang sedang berlangsung dari 12 - 15 Mac 2015 dari jam 7.00 pagi hingga 10.00 malam di Presint 2. perghhh.... ramailah orang di kawasan sekitar presint 2 dan presint 3 hujung minggu nih. nih ada sedikit info bagi mereka yang nak tengok belon-belon terbang di udara dan di bahagian bawah entry ni ada disertakan event itinerary untuk memudahkan korang set timing bila mau datang ke event nih. enjoyyyyyy

Hot Air Balloon Flying Show ada dua sesi iaitu :

sesi pagi dari jam 7.00 hingga 9.00 pagi, dan
sesi petang dari jam 6.00 hingga 7.00 petang. 

di bawah nih adalah gambar-gambar yang sempat di snap dari opis pagi tadi. hihihi... tapi kan rasanya macam xbape banyak bentuk pulak belon-belonnya.











posted from Bloggeroid

SANTAI@DATARAN GEMILANG, PRESINT 4

ini satu lagi event yang akan diadakan di Putrajaya hujung minggu nih. tapi event nih memang setiap ahad pun ada. cuma kali nih, artis undangan menarik perhatian ninironna iaitu kumpulan nasyid Rabbani dan Ammar tuh. confirm ramai orang nanti. event nih diberi nama Santai@Dataran Gemilang, Presint 4 yang akan diadakan pada 15 Mac 2015 dari jaman 4.00 petang hingga 7.00 malam. kat event nih macam-macam ada tau. kalau nak tau lebih lanjut, bolehlah terjah event nih nanti yea. jangan lupa tau... hari ahad nih 15hb. 


PALOF@2015

antara event yang akan berlangsung pada hujung minggu nih di kawasan Putrajaya (apa yang ku tahu) adalah PALOF (Putrajaya Animal Lovers Fiesta) 2015 akan diadakan pada 14 - 15 Mac 2015 bertempat di Dewan Auditorium Cempaka Sari, Perbadanan Putrajaya, Presint 3 bermula dari jam 10.00 pagi hingga 6.30 petang. so.. sesiapa yang berkelapangan mehlah datang yek. 



Thursday, March 5, 2015

Roti karipap kentang

Wah... teringin nak makan karipap buatan sendiri. Nak buat doh karipap... xreti + xrajin. Jadinya kita guna roti jerlah. Petang semalam buat inti kentang sesiap. Inti kentang ni ameena dan ayra makan gitu jer. Itu tandanya sedaplah kan. Hihihi... pagi tadi baru kita mengkaripapkan roti. Sebungkus besar roti habis dikaripapkan.


bahan-bahanya : inti kentang, roti (lenyekkan bior nipis), acuan karipap, n telur (salut kat kelim roti sebelum goreng)


yang nih yang memula.. terlebih inti maka besarla ia dan ada kebocoran. hahahaha


bila dah jadi karipap... comel jer.. geramnyaaaa....


taraaaa... inilah hasilnya.. roti karipap kentang. sesungguhnya xcukup sebungkus besar roti tu.aish... petang nih kena buat lagi nih. inti pun masih ada lagi tu. roti karipap nih sedap di makan ketika panas. 

posted from Bloggeroid

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails