klik-klak-kluk

u folo, i folo too

a reminder for me...

Allahu ma'i, Allahu naadhiri, Allahu syaahidi
Allah bersamaku, Allah melihatku, Allah menyaksikan aku.


"Hasbunallah wa ni'mal wakil"
(Cukuplah Allah menjadi penolong kami dan Allah adalah sebaik-baik Pelindung).

Pages

Instagram

Showing posts with label prasekolah. Show all posts
Showing posts with label prasekolah. Show all posts

Wednesday, August 12, 2015

eksperimen tenggelam dan timbul

11 Ogos

antara aktiviti PDP di pra sekolah yang membuatkan anak murid teruja adalah bawa buah-buahan untuk projek besar punya. hahahahah.... kali ni parents update sendiri list buah-buahan yang akan dibawa. si ameena bawa epal merah jer.

*gambar ihsan cikgu kelas Pra


model-model buah buahan



yippiiiiii.... xsabar nak buat eksperimen nih


lagi seronok bila kena masukkan buah dalam tong air yang besar nih. 





durian pun ada tau....

hasil daripada eksperimen tenggelam dan timbul


selesai eskperimen, masa untuk makan buah-buahan tadi... yeaaaa... cikgu siap bawa kuah rojak buah lagi...

piknik di playground sekolah. seronoknya korang kan... piknik makan buah-buahan jer... hahahaha....











Tuesday, August 11, 2015

minggu sayur-sayuran part 2

6 Ogos

next, setiap pelajar ditugaskan membawa sejenis sayur. senarai teacher dah whatsup kat parents. so ameena kena bawa sawi. ibu belikan sawi jepun jer. oklah.... projeknya adalah membuat sup sayur dan makan sayur... hahahahaha. ameena dan kawan-kawan belajar cara membasuh dan memotong sayur. bukan  main seronok korang kan.... 


sayuran yang telah siap dipotong oleh ameena dan kawan-kawan



sedapnya lahai bila tengok gambar ni...

teacher tengah isi sup sayur. anak-anak murid sila beratur yea.















minggu sayur-sayuran part 1

4 Ogos

minggu sayur-sayuran tumbuh-tumbuhan. first projek adalah tanam kacang hijau dan tengok hasilnya nanti. bahan yang perlu di bawa dari rumah adalah tapak botol yang dah siap dipotong. teruja si ameena. duk peringatkan ibu jer jangan lupa botol ...jangan lupa botol.baeklah nak.... masing-masing teruja

*gambar ihsan dari teacher.

1. masukkan tisu ke dalam bekas

2. tekan..tekan.. kasi tisu tu mampat.. 

3. pastu siram air atas tisu tadi

4. akhir sekali, taburlah kacang hijau di atas tisu tadi. dan kita kena tunggu dan lihat apa yang akan berlaku pada kacang hijau itu

5. taraaaaa... selepas seminggu, inilah hasilnya. hidup segan mati xmahu taugeh nih. ameena xsiram nih.... 



Ameena dan kawan-kawan sambut raya di sekolah

31 Julai

seronok ameena dan kawan-kawan dapat pakai baju raya ke sekolah sempena sambutan hari raya dan hari jadi di sekolah. sebenarnya sambutan ini lebih kepada sambutan hari jadi tapi diselitkan sekali dengan sambutan hari raya.

macam-macam hallah sekarang yek. pertama kali dengar arahan tiada sebarang majlis sambutan hari raya diadakan semasa PDP. pffffftttt... dari ibu kecik sampai abeh sekolah... boleh jer sambut raya kat sekolah. tetiba tahun nih sekolah terima arahan no sambutan raya masa sekolah. apalah..... xde feel raya betullah.

tiada gambar makanan yea.... sebab gambar-gambar ni adalah ihsan dari teacher ain. tengok ajerla gambar-gambar nih. ibu up kat sini pun sebagai kenangan ameena nanti....






Thursday, April 2, 2015

buat cupcakes.

Suka ameena dan kawan-kawan bila dapat belajar buat cupcakes step by step. projek hari selasa atau rabu lepas kat sekolah. cikgu siap pesan suh bawah apron (kalau ada). sumber gambar dari cikgulah. hihihihi...


bergilir-gilir pukul adunan.


ehh.. ameena.. tengah membuat cupcakes pun kamu boleh tido yek...








inilah hasilnya sebelum dihias dengan topping.


'nah ibu.. rasalah.. sedap.. saya dan kawan-kawan buat tadi.. rasalah ibu.. rasalah.. '. 

posted from Bloggeroid

Thursday, March 26, 2015

Januari - Mac 2015

Majlis sambutan hari jadi untuk anakanak yang lahir pada bulan januari, februari dan mac 2015 di pra sekolah pagi tadi. ameena pun turut diraikanlah sebab birthday dia  jatuh pada 0101. sukalah dia. makan ajer kejenya arinih. pihak sekolah ada sediakan makanan dan juga minta parents bawa potluck. ibu just belikan air kotak untuk semua kawankawan ameena termasuk cikgucikgu dan pembantupembantu cikgu. alhamdulillah..rezeki untuk mereka.

nih musti duk tengah baca doa makan nih. gambargambar adalah ihsan dari guru kelas ameena.


gegirls kelas ameena. boboys pun ada tapi xbuh kat sinilah.


ini musti tengah nyanyi lagu happy birthday nih.


posted from Bloggeroid

Friday, February 6, 2015

Ohh...my ameena

Allah.... anakbertuahcerdikpandai ibu yang sorang nih. dah sebulan sesi persekolahan bermula. tapi... setiap pagi tika menghantar dia ke sekolah memang suka memalukan menguji kesabaran ibu dengan tangisanteriakan 'ibu.....tunggula saya..'. satu level boleh dengar tangisanteriakan dia. adoilahai... dia menangis bukan kerana xnak pergi sekolah, bukan kerana kena marah dengan guru. dia menangis hanya kerana nakkan ibunya temankan dia dengan hanya berdiri sahaja di pintu kelas. huhuhuhu..... ibu xnak nak oi..jadi jaga kat kelas kamu. ibu nak pergi work nak oi. tapi ada dia kisah dengan alasan ibu... 'aku peduli apa'.. dan terus sambung teriak. ohoooooo.... ibu tinggalkan ajer kamu. semoga cikgu yang menjaganya dikurniakan kesabaran yang tinggi. ameen...


ini pagi semalam punya kes. acer tengok kawankawan kamu tu... siap menari zapin lagi hah di pagi hari.


sedih sangatlah kononnya.... cikgu ameena kata 'ameena nangis sekejap jer.. lepas perhimpunan atau selepas sarapan dia dah kembali ceria. seolaholah dia xmenangis pun pagi tadi...'


aktiviti selepas sarapan. tuh tengah gigih nak masukkan tali ke dalam lubang mainan tu sampai tertunduktunduk dia. konsentret sungguh dia. bila time balik... dia cakapa ' ibu... saya nangis satu jer bu...'. hahahaha... alahai anak... 

posted from Bloggeroid

Thursday, January 15, 2015

Mentari bersinar di siang hari

Kuikuikui.. kisah budak bertuah ni lagi. acu tengok gambar di bawah. bukan main ceria lagi dia time balik. acu belah pagi...muka dah rupa menda dah. hahahaha.... baru 4 hari sekolah dia dah mula tanya bila nak cuti sekolah. harihari tanya soalan yang sama. adulahai....  ibu berdoa semoga esok ameena akan ceria untuk pergi ke sekolah.


posted from Bloggeroid

Hari ketiga dan keempat sekolah

Pagi hari ketiga sekolah, ameena ok ajer. Xde hujanributpetir. Tapi tetap merengek suh ibu tunggu kat pintu. Aiyooo.. anak.. babai... ibu pegi work dulu. Kakak arissa akan jaga kamu ye. Hahahahaha....rupanya bila ibu dah tinggalkan dia... hujanlebatributpetir semua ada. Adu si kakak arissa.

Hari keempat sekolah.

Pagi nih paling menguji kesabaran. Bangun pagi dah setat hujan. Mujurlah tugas ayah untuk melayan dia sebab ibu sebok di dapur. bila di tanya kenapa perlu menangis bila nak g sekolah? dia cakap xde sape nak jaga saya... aiyooo.... anak... ALLAH kan ada. ALLAH  sentiasa jaga kakak ameena. tapi.. kenapa saya xnampak ALLAH. pulak dah... ibu lemah betul kalo bab pujuk memujuk nih. nanti ibu pas kat ayah lah untuk jawab soalan tu. huhuhuhu.... 



snap gambar dalam diam supaya dia xmenggelupur sebab xnak amik gambar.


lambat pulak cikgu nih bukak kelas kamu ameena oi. penatlah ibu dengar kamu menangis. bila cikgu sampai, terus suh dia masuk kelas. melangkah jugak dia masuk kelas sambil melontar 'jeritan batinku' sekuat alam. haru betullah kamu ni. seperti biasa, ibu tinggalkan ajer kamu. biar kakak arissa yang pantau kamu. hahahaha..... 

posted from Bloggeroid

Wednesday, January 14, 2015

Hari kedua sekolah

Wah... masih lagi hujan di pagi. Hari ni hujan turun awal pagi. Belum keluar rumah hujan dah turun. Naseb baik xbanjir.

Hujan di dalam rumah.


Masih lagi hujan kat sekolah. Haha... babai... ibu tinggalkan aje.


Eh...mentari dah bersinarlah.
posted from Bloggeroid

Tuesday, January 13, 2015

Perihal hari pertama sekolah 2015

Hari pertama sekolah bagi tahun 2015. Seperti biasa ibi dan ayah akan berciti juga sebab nak uruskan 3 aiman. Sebenarnya lebih kepada nak uruskan aiman no. 3. Maklumlah pengalaman pertama kali dalam hidup ameena menjejakkan kaki ke alam persekolahan walaupun hanya ke prasekolah sahaja. Semoga dipermudahkab urusan anakanak semua.


Apa yang penting sarapan pagi. Aiman no. 4 tu menyibok jer.


Ok.. dah bersedia untuk ke sekolah. Bismillah...


Sampai sekolah terus cari kelas abang dulu. Ok. Abang dah masuk kelas. Next...


Ameena pulak. Ok. Dah duduk kat tempat. Ibu nak hantar kakak pulak.


Fuhhhh... berpeluh mencari kelas kakak. Bila dah jumpa... ibu g kelas ameena balik. Fuhhhh....


Intai dari tingkap jer dulu. La.. menangis pulak dah sedusedan dah. Haru betullah budak bertuah ni.


Bersungguh nangisnya. 'Ibu pegi mana?saya xnampak ibu. Ibu dudukla kat pintu tu. Teman saya..'. Weila... awatlah hang jadi lagu ni ameena oi. 'Baiklah nak'. Xlama pastu kena beratur tuk ke tapak perhimpunan. Diheretnya ibu sekali. Bila cikgu nampak terus cikgu amik dia. Ahh...lega ibu. K..ibu nak amik spot terbaik supaya ameena nampak ibu.


Chakkkk...nampak ibukan. Sempat buat peace. legalah dia sebab nampak ibu.


Tengah baca ikrar. Angkat tangan kananlah kan. Bila nampak ibu nak amik gambar.. terus buat peace.








napelah masam sangat muka tu ameena oi... fringe tu senget..apalah tukang gunting rambut ni...


pakat menguap belaka doh...








posted from Bloggeroid

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails