klik-klak-kluk

u folo, i folo too

a reminder for me...

Allahu ma'i, Allahu naadhiri, Allahu syaahidi
Allah bersamaku, Allah melihatku, Allah menyaksikan aku.


"Hasbunallah wa ni'mal wakil"
(Cukuplah Allah menjadi penolong kami dan Allah adalah sebaik-baik Pelindung).

Pages

Instagram

Showing posts with label sahur. Show all posts
Showing posts with label sahur. Show all posts

Monday, August 16, 2010

dugaan ketika sahur

pergh....dugaan...dugaan sungguh. kejadian berlaku hari sabtu lepas (4 Ramadhan). semangat bangun pagi nak sahur nih..walopun xde masak apa. tapi semangatnya lain macam.hahahaha... sekali.. masuk bilik nak buat apa yang patut... pulas paip..mak haih...air tarak...tarak air.. huwaaaaaa.... cek paip kat dapur pun sama jugak. zasssss... otomatik semangat nak bersahur surut. huhuhu... kejut po'cik jaing, suh g tengok kat luar kot ada orang gatai tangan p tutup paip air kami pulak. sekali nehi..ok jah..

pahtu mesej jiran pulak, dia pun xdak air juga. tapi jiran atas duk tengah seronok memasak pulak..ehh..xkan rumah dia ada air pulak.hmmm... po'cik jaing g tengok kat bawah pulak.. lorr... memang satu blok xde air kay. orang lain g amik air kat dewan. huhuhu..dugaan sungguh. terbantut nak goreng telor. terbantut nak makan sandwhich telor + salad..gulp..gulp..alih2 makan kurma + susu + air kosong.. alhamdulillah..

aku nih kalo air tadak.. otomatik terpkkan anak-anak.payah kalo xdak air. mane nak basuh botol susu, nak mandi, nak basuh berak dan macam2 lagilah. oleh kerana malas nak menyesakkan otak, zasss..tepon mama.... kata nak datang umah. dan zassss... sebelum subuh kami dah kuar rumah menuju ke Taman Melati. ish...xmolah aku tanggung risiko menunggu air kat umah. dahlah ari tuh po'cik jaing OT. kang jenuh pulak aku nak ngangkut air. sebelah dukung aimy sebelah lagi bawak baldi (cuba korang bayangkan...) ish..ish.ish.. jadinya duk umah mamalah kami seharian. pas asar, zassss.. balik umah sendiri. dan lega bila air dah ada... dan zassss lagi basuh kain basuh pinggancawan dan basuhlah apa yang patut dibasuh.

fuhh.... dugaan di bulan yang mulia.. hanya kerana air..

Wednesday, August 11, 2010

beratnya la kelopak mataku ini...

wah....ko pakai bulu mata pelesu ke nini ronna oi? hahahaha...iyolah tuh. bulu mata pelesu la sangat. hahahaha.... ku rasa bulu mataku dah cukup lebat + lentiknya (perasan sendiri jer).

kelopak mata berat kerana mengantuk la. ish..di kala ini memang terasa mengantuk yang amat. makin ditahan-tahan makin pedih jer biji mata nih. kalolah dapat lelap sekejap, musti lega rasanya (erk...sekejap ato dua kejap atopun berkejap-kejap..huhuhu)

first day sahur, set alarm kul 4.30 am. bangun g panaskan air, pastu leh terlena lagi.hahaha... sesedor jam dah kul 4.40 am.hahaha.. sedor tuh pun kes dengar jiran sebelah duk buang kahak (eiii..xsenonoh betul) kat sinki dapur dia. punyala kuatnya bunyi dia nak nguarkan kahak dia tuh. itulah yang akan aku alami selama sebulan yea. huhuhu...

sahur kami simple jer, makan roti + sambal daging. tengah duk syiok2 makan, tetiba aimy bangunlah pulak nak join sahur katanya. aduilah hai..hah..bagi dia minum dulu. pastu abang n kakak dia pulak bangun nak sahur. hah..sahurla sekali tapi minum susu jer. xtaulah selama mana abangnya leh tahan xmakan xminum tuh tapi bekal air tetap bawak. kes nak raya punya pasal.hahahahaha.

Thursday, September 3, 2009

hari pertama sahur....

selalunya kalo cite pasal sahur, musti ada gambo makanan kan. tapi aku malas nak snap gambo makanan. sebaliknya aku snap gambo si arissa nih. kul 4.30 am dah bangun mintak susu. tapi ibunya buat2 xsedo..hahahaha... apa lagi.. merengek2lah dia. bila dah buatkan susu, xreti pulak dia nak tido balik..ater nak tido camne.. ibu xde kat sebelah.. huhuhu...anak ibu nih..
ibunya duk sibok panaskan lauk. dia jadi penunggu setia. huhuhu... bila nampak makanan terhidang atas meja, menonong jer dia join nak sahur sekali. huhuhu...budak nih kan..memang xleh nampak orang makan tau... kalo abangnye..pelik pun tidak..baiklah dia tido.. dah kita makan, kenalah ofer arissa makan sekali.. hah ko... menganga mulutnya cam lapo beno.padahal baru minum susu.suap lauk jer...xmo pulak tuh. mau makan sekali ngan nasi. adoi... nih nak pose ke arissa oiiii? tapi dia makan adalah dalam dua tiga suap.. hahahaha... bagus..bagus.. leh ibu makan dengan senang.. (uih..jahatnya ibu)...



bila dah minum susu/makan, dia leh yak pulak di pagi hari yang gelap.huhu...masa tuh kul 5.30 am. dah alang2 masuk bilik air, terus ajak dia mandi.. mau pulak.. dah setel basuh yak, bila time mau mandi... waaaaaaaa...xnak mandi..xnak mandi.. aih...nasiblah arissa oi..dah masuk bilik airkan.. ibu kena mandikan jugaklah... tapi mandi kerbau jerlah... xsampai seminit dan xperlu sabun.. hahaha.. dah siap mandi, ingatkan maulah dia landing balik, tapi hampeh.. selagi ibunya xjoin sekali, selagi tuhlah ditahan matanya. ibu duk gosok baju, dia leh duk nyanyi2.. wah.. senang ati betul kamu yea... setel ibu gosok baju, tutup lampu.. xsampai bape minit..terus dia zzzzz... g school pun kena ayah yang dukung... itulah cite arissa di hari pertama dia bersahur..hehehe

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails